Ads

Thursday 23 November 2017

Terbaru Huawei MediaPad M3 Lite



Menonton perlawanan bola sepak, iflix, netflix dan banyak lagi biasanya boleh dilakukan menerusi laptop atau TV pintar namun Huawei MediaPad M3 Lite merubah kaedah baru lebih canggih mudah dibawa ke mana saja.

Sambil berbaring di atas katil atau ketika berada dalam LRT, Huawei MediaPad M3 Lite menjadi pilihan sebagai platform bukan saja hiburan malah digabungkan juga sebagai tablet 8 inci yang diubah menjadi mesin kerja.

Lagipun, harganya tidak mahal apabila ditawarkan pada nilai RM999 saja sesuai untuk seluruh keluarga dan anda memiliki paparan jenis HD+ penuh pada resolusi 1920 x 1200 piksel.

Hasilnya, jika menonton filem atau drama kegemaran di iflix atau netflix, ia lebih sempurna kerana skrin memperlihatkan visual yang cantik tanpa sebarang imej ‘mati’ disebabkan tablet tidak mampu menampung skrin HD.

Saiznya juga nipis, mudah dipegang di tangan pada 7.5 milimeter saja dan berat 310 gram memang tidak membebankan.

Jika bercakap soal audio, Huawei MediaPad M3 Lite mempunyai keupayaan dua pembesar suara stereo dengan dua cip pintar PA yang menghasilkan bunyi seakan-akan pementasan pada saluran kiri kanan pada tablet.

Semuanya hasil kerjasama dengan Harman Kardon yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam bidang audio.

Dari hiburan, Huawei MediaPad M3 Lite juga menjadi platform terbaik kekal produktif dan efisien.

Mana tidaknya, segala kerja pejabat yang membabitkan Microsoft Office atau mana-mana sistem lain juga serasi dengan tablet ini.

Menariknya, perisian Microsoft Office Mobile Suite pun sudah lengkap dipasang ketika membeli tablet ini.

Kalau mahu lebih, padankan tablet ini dengan aksesori seperti papan kekunci mudah alih atau tetikus. Memang lebih mudah bekerja di luar pejabat.

Lagipun, ia mempu­nyai teknologi ClariVu yang melindungi pandangan mata apabila menapis cahaya biru yang kerap berlaku apabila melihat skrin terlalu lama.

Jadi bukan saja kerja pejabat atau ‘assigment’ universiti, membaca novel melalui Huawei MediaPad M3 Lite juga bukan masalah besar.

Kalau mahu melakukan kerja sambil berhibur pula, pecahkan skrin kepada dua dengan mod ‘split screen’ yang ditawarkan dengan mudah iaitu hanya leret dan sentuh melalui jari pantas merubah kepada konsep terbabit.

Mungkin ramai yang beranggapan dengan pelbagai ciri ini, baterinya cepat habis namun jangan risau kerana kapasiti 4800mAh cukup besar untuk pelbagai tujuan.

Selain itu, pengguna boleh menggunakan sambungan WiFi atau memasang kad SIM sendiri apabila tablet ini menyokong rangkaian LTE Cat4 bersesuaian untuk penggunaan tanpa had.

Ini bermakna anda boleh membuat panggilan dan menerima atau menghantar SMS.

Buat pertama kali juga, tablet ini mempunyai ciri pengimbas cap jari yang fungsinya bukan sekadar membuka tablet malah lebih aksi untuk memudahkan operasi Huawei MediaPad M3 Lite ini.

Jika anda berikan tablet ini kepada anak, jangan risau dengan pelbagai kandungan mengarut yang mungkin ditonton kerana Huawei MediaPad M3 Lite mempunyai Kid’s Corner yang membolehkan ibu bapa mengawal penggunaan dan akses kepada aplikasi tertentu saja.

Ringkasnya, MediaPad M3 Lite mempunyai pelbagai fungsi menarik sesuai dengan harganya yang berada di bawah RM1,000 termasuk skrin jenis HD+ penuh dan bateri berkapasiti besar 4800mAh.

mzaki

About mzaki

Perkongsian berkenaan info - info technology dan gajet terkini yang menjadi kegemaran semua pihak.

Subscribe to this Blog via Email :