Ads

Showing posts with label info kamera. Show all posts
Showing posts with label info kamera. Show all posts

Friday, 3 November 2017

Kamera Sony RX0, Kamera Sony RX10 IV, Kamera Sony AX700 dengan Sensor CMOS Tri-Layer


Sony yang sinonim dengan sensor CMOS Tri-Layer kini tampil dengan tiga produk berlainan menggunakan tekonologi yang sama, merangkumi Sony RX0, Sony RX10 IV dan Sony AX700.
Dengan saiznya yang kecil, RX0 sesuai digelar sebagai sebuah kamera digital ultrakompak.
Kameranya dengan fungsi autofokus berupaya menyerlahkan hasil akhir yang hebat, setanding RX100 V.
Ia mempunyai sensor 1 yang beresolusi 15.3MP bersama lensa 24mm F4 selain ciri kalis air sehingga 10 meter, tahan lasak sehingga 200kg beban dan anti gegaran.
Untuk aspek videografi pula, ia berupaya melaksanakan rakaman video pula sehingga 1000 fps.
Berfungsi seperti DSLR, RX10 IV dilengkapi sistem autofokus super-pantas yang mampu merakam pada kelajuan 0.03 saat.
Ia berupaya menangkap gambar dan video 4K menggunakan kamera beresolusi 20MP selain merakam video super-perlahan sehingga 1000fps pada resolusi HD penuh.
Kamera ini juga sesuai digunakan untuk merakam foto hidupan liar atau aksi sukan dari jarak jauh kerana ia didatangkan dengan lensa fokal 24-600mm bersama apertur antara F2.4-F4.0.
Manakala AX700 adalah sebuah perakam video (Handycam). Ia boleh merakam video 4K HDR mengikut piawaian Hybrid Log-Gamma (HLG) menggunakan sensor 1.
Alat ini mempunyai keupayaan lensa zum optikal sehingga 12 kali lebih hebat untuk merakam sebarang rakaman pada lingkungan 29mm hingga 348mm dengan bukaan apertur antara F2.8 hingga F4.5.
Rakaman video dapat dilakukan sepantas 1000fps pada 720p di samping 4K 30p.

RX0
• HARGA: RM3,199
• LENSA: ZEISSÆ Tessar T*
• SENSOR: Exmor RS CMOS sensor
• APERTUR: F4.0
• KALIS AIR: IPX8
• TAHAN LASAK: Sehingga 200kg


RX10 IV
• HARGA: RM7,999
• LENSA: ZEISSÆ Vario-Sonnar T*
• SENSOR: Exmor RS CMOS sensor
• APERTUR: F2.4- F4


AX700
• HARGA: RM7,299
• LENSA: ZEISS Vario-Sonnar T*
• ZUM OPTIKAL: 12x
• KEJELASAN IMEJ ZUM: 4K : 18x, HD : 24x
• SKRIN: 8.8cm(3.5 type) Xtra Fine LCD
• PAPARAN SKRIN: 1555K
• LEBAR SKRIN: 16x9


www.gajetmalaysia.ml

Thursday, 15 December 2016

Sangat Sesuai dibawa ke mana saja




Menyemarakkan lagi industri kamera, Canon tampil menambah barisan baru EOS M dengan model terbarunya, Canon EOS M5.
Hadir dengan reka bentuk DSLR, varian terbaru ‘mirrorless’ ini tampil dengan saiz kompak dan sesuai dibawa ke mana-mana saja terutamanya melancong.
Selain pemprosesan imej DIGIC 7, EOS M5 mempunyai kamera 24.2MP APS-C dengan sensor CMOS yang membantu mengurangkan ‘noise’ ketika merakam gambar pada kelajuan ISO yang tinggi. Ini memastikan setiap imej kekal terang dan jelas.
Model premium ini turut didatangkan bersama lensa kit EF-M iaitu EF-M 15-45mm dan EF-M18-150mm f/3.5-6.3 yang mampu meluaskan spektrum pengimejan.
EOS M5 juga mempunyai mod rakaman filem yang telah dipertingkatkan. Dengan menggabungkan lensa IS bersama sokongan penstabilan digital dalam kamera, anda boleh merekod video dengan kualiti terbaik walaupun sambil bergerak.
Dalam memudahkan tugasan pengguna untuk memindahkan gambar, Canon menampilkan ciri WiFi dan NFC yang membenarkan anda membuat pemindahan gambar menerusi aplikasinya selain fungsi Bluetooth.
SPESIFIKASI:
Canon EOS M5
Harga: Bermula RM2,069 hingga RM6,399
Kamera: 24.2MP
Sensor imej: APS-C CMOS
Pemprosesan imej: DIGIC 7
Kelajuan maksimum ISO standard: ISO 25,600
Video: 60 fps HD penuh
EVF: Kira-kira 2.36 juta titik
Sambungan: Wifi, NFC, Bluetooth
Berat: 427g

Saturday, 5 November 2016

Teknik penjagaan kamera DSLR


Ramai memiliki kamera DSLR, namun mengabaikan penjagaan ringkas yang mengakibatkan peranti menghadapi masalah untuk jangka masa panjang sehingga memerlukan kos tinggi untuk menyelenggara.
Antara tip ringkas yang mungkin tidak diendahkan termasuk:
1. Hendaklah dipegang dengan cermat dan berhati-hati kerana kesan gegaran, ketukan dan hentakan yang kuat akan merosakkan kamera dan lensa yang digunakan.
2. Elakkan kamera terdedah kepada sinaran cahaya matahari secara berpanjangan, begitu juga daripada habuk dan debu. Pancaran matahari secara terus ke panel LCD menyebabkan ia gagal berfungsi dengan baik dan tulisan di dalamnya akan bertukar menjadi kabur.
3. Elakkan terkena hujan atau memegang kamera dengan tangan basah bagi mengelakkan litar pintas pada panel penting yang ada pada bahagian badan kamera.
4. Apabila tidak menggunakan kamera atau lampu flash dalam jangka waktu agak lama, keluarkan bateri yang ada di dalamnya untuk mengelakkan kerosakan pada sistem peranti elektroniknya.
5. Elakkan kesan jari pada cermin lensa. Kesan cap jari mengandungi unsur minyak yang boleh merosakkan lapisan coating atas cermin lensa yang begitu sensitif.
6. Ketika mengambil gambar, pastikan juga tali kamera disangkut ke leher kita dan dililit sedikit pada tangan bagi mengelak kemungkinan kamera terjatuh.


Monday, 29 August 2016

Kamera untuk profesional

Canon Malaysia melancarkan model EOS 5D Mk IV yang datang dengan kuasa sensor CMOS 30.4 megapiksel bersama pemprosesan jenis Digic 6+.
Hebatnya, sistem fokus autonya menggunakan 1D X Mark II yang masih relevan selain diperoleh dengan 61 titik AF di samping tahap kepekaan terhadap fokus yang lebih tinggi berbanding sebelumnya.
EOS 5D Mk IV kini berupaya merakam foto 4K manakala video pula diproses berdasarkan 30 fps dalam bentuk Motion JPEG.
INFO
CANON EOS 5D MK IV
- Harga: RM18,399 dengan lensa EF 24-70 L IS, RM19,399 dengan lensa EF 24-105 L IS II
- Sensor: 30.4MP Dual Pixel AF
- Rakaman video: 4K 30/24fps MJPEG
- Fokus: 61 titik AF
- ISO: Auto, 100-32000
- Kepantasan: 7fps
- Teknologi: Dual Pixel RAW
- Skrin: 3.2 inci
- Sambungan: WiFi, NFC, GPS