Ads

Thursday 23 November 2017

Huawei Mate 10 Telefon Paling Gempak 2017



Elegan dan premium. Itulah gambaran bagi telefon pintar flagship siri Mate 10 yang dihasilkan Huawei yang sudah pun menemui anda.

Siri Mate 10 menggunakan Kirin 970 yang mempunyai cip pemprosesan AI terbenam dengan EMUI 8.0. Mate 10 mempunyai RAM 4GB dengan storan 64GB manakala Mate 10 Pro pula datang bersama RAM 6GB serta storan 128GB.

Banyak model telefon yang bersaiz besar namun ia sekadar badan saja apabila skrinnya tidak cukup puas atau luas untuk ditatap.

Huawei Mate 10 Pro dan Mate 10 Porsche Design mempunyai skrin FullView 6 inci 1080 x 2160 piksel OLED HDR yang nisbah skrinnya 18:9 cukup lebar untuk menonton, dua skrin kerja dan bermain game.

Namun sebenarnya skrin 6 inci terbabit dipasang pada saiz keseluruhan body 5.5 inci saja. Mate 10 pun begitu dengan skrin 5.9 inci jenis 2K (2560 x 1400 piksel) RGBW HDR pada nisbah paparan 16:9.

Jika mahu dibandingkan saiznya, Mate 10 Pro mempunyai rekaan panjang 154.2mm dan lebar 74.5mm namun skrin ditawarkan dengan skrin 6 inci serta 18:9 manakala iPhone 8 Plus pula pada saiz panjang 158.4m dan lebar 78.1mm namun ia hanya berskrin 5.5 inci (16:9).

Terdapat beberapa ciri kecerdasan pintar (AI) yang mengoperasikan tiga model Mate 10 ini sehinggakan telefon terbabit seakan-akan robot sedang mengikuti anda.

Keperluan AI bukan saja tertumpu pada pemprosesan, malah ia turut membabitkan perisian yang memudahkan kehidupan.

Misalnya, penggunaan AI dalam menterjemah bahasa sama ada melalui arahan suara atau teks yang 300 peratus lebih pantas dengan aplikasi Microsoft Translator, berbanding telefon biasa selain boleh digunakan secara online atau offline.

Terdapat model telefon yang memerlukan anda mempunyai dok khas bagi memuatkan telefon sebelum menyambungnya ke monitor.

Namun lain pula dengan Mate 10 boleh dijadikan CPU dan satu kabel sudah memadai menyambungkan ke monitor dan menukarnya menjadi set PC baru. Fungsi ini dipanggil Easy Projection.

Segala kerja boleh dipindahkan dengan pantas bersama kelengkapan kerja seperti pembentangan digital dan perkongsian fail.

Telefon pula boleh ditukar menjadi pad sentuh seakan-akan anda menggunakan pada tengah pada laptop sendiri.

Terima kasih kepada ciri 4x4 MIMO, 256QAM serta 3CC CA iaitu aspek teknikal pada rangkaian, anda akan memperoleh telefon pintar 4.5G 1.2Gbps Cat.18 yang pertama di dunia.

Maksudnya? Ia memberi kelajuan data sehingga 1.2Gbps yang menyokong Internet laju. Kini terpulang pada syarikat telekomunikasi menawarkan Internet pantas.

Sekalipun anda pengguna aktif, bateri 4,000mAh, Mate 10 masih bertahan sehari suntuk manakala penggunaan biasa pula selama dua hari. Tambahan pula, bateri siri Mate 10 disahkan selamat oleh agensi pemantauan keselematan Jerman.

Dwilensa baru sememangnya hebat. Terdapat bukaan dwiapertur jenis f1.6 yang pertama di dunia pada resolusi 12MP untuk RGB serta 20MP bagi monokrom.

Ia bermakna, anda boleh memperoleh gambar depth of field yang cantik, foto terperinci, fotografi pada pencahayaan rendah serta imej tanpa kabur.

Setiap imej diproses dengan AI, ia mampu mengesan sehingga 13 objek dirakam termasuk gambar binatang, manusia, makanan, teks, langit, pantai, mod malam, terbit matahari dan potret. Kemudian, setting akan ditukar dengan automatik dan ia ‘mewarnakan’ imej secara asli serta nampak seakan-akan hidup.

Pengguna di Malaysia boleh membeli model terbaru Huawei Mate 10 pada harga RM2,699 manakala warna yang ditawarkan adalah coklat atau hitam.

Huawei Mate 10 Pro pula akan menemui anda pada hari esok. Ketika pra tempahan lalu, ia habis dalam tempoh sejam saja jadi anda boleh mengunjungi kedai dan pusat Huawei terpilih atau syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan fon ini.

mzaki

About mzaki

Perkongsian berkenaan info - info technology dan gajet terkini yang menjadi kegemaran semua pihak.

Subscribe to this Blog via Email :