Ads

Showing posts with label Gajet. Show all posts
Showing posts with label Gajet. Show all posts

Friday, 8 December 2017

Honor 7X Specifikasi Yang Terbaik dengan Harganya


Berikutan kejayaan penjualan Honor 6X pada harga menarik setanding dengan spesifikasinya, Honor sekali lagi tampil dengan model terbaru, Honor 7X.

Ia mempunyai badan logam berukuran 156.5 x 75.3 x 7.6 mm dan seberat 165 gram. Skrinnya pula seluas 5.93 inci bersama paparan HD penuh dan resolusi 2160 x 1080 piksel.

Honor 7X dikuasakan oleh pemprosesan octa-core dan sistem operasi Android 7.0.

Kamera depan peranti ini cukup cantik untuk merakam selfie pada 8MP, manakala kamera belakang dengan 16MP sudah memadai untuk rakaman foto yang menakjubkan.

Ia hadir dengan RAM 4GB dan storan 32GB. Honor 7X boleh didapatkan dalam dua warna berbeza iaitu hitam dan biru matte.

SPESIFIKASI:

HONOR 7X

Pemprosesan: Octa-core

OS: Android 7.0

RAM: 4GB

Storan: 32GB

Skrin: 5.93”

Paparan: HD Penuh

Resolusi: 2160 x 1080 piksel

Kamera: 16MP, 8MP (depan)

Bateri: 3,340mAh

Huawei Mate 10 Pro dan Mate 10 Porsche Design Capture Gambar Yang Hebat


Antara fon paling mencuri tumpuan tahun ini, Huawei Mate 10 sememangnya gajet menawan dan lain daripada yang lain.

Terdapat tiga versi Mate 10 iaitu Mate 10, Mate 10 Pro dan Mate 10 Porsche Design. Ketiga-tiganya hebat pada menggunakan Kirin 970 yang mempunyai cip pemprosesan AI terbenam dengan EMUI 8.0.

Mate 10 mempunyai RAM 4GB dengan storan 64GB manakala Mate 10 Pro berkapasiti 128GB serta Mate 10 Porsche Design pula datang bersama RAM 6GB serta storan 256GB.

Banyak model telefon yang bersaiz besar namun ia sekadar badan apabila skrinnya tidak cukup puas atau luas untuk ditatap.

Huawei Mate 10 Pro dan Mate 10 Porsche Design mempunyai skrin FullView 6 inci 1080 x 2160 piksel OLED HDR yang nisbah skrinnya 18:9 cukup lebar untuk menonton, dua skrin kerja dan bermain game.

Namun sebenarnya skrin enam inci terbabit dipasang pada saiz keseluruhan body 5.5 inci saja. Mate 10 pun begitu dengan skrin 5.9 inci jenis 2K (2560 x 1400 piksel) RGBW HDR pada nisbah paparan 16:9.

Terdapat beberapa ciri kecerdasan pintar (AI) yang mengoperasikan tiga model Mate 10 ini sehinggakan telefon terbabit seakan-akan robot sedang mengikuti anda.

Keperluan AI bukan saja tertumpu pada pemprosesan, malah ia turut membabitkan perisian yang memudahkan kehidupan.

Misalnya, penggunaan AI dalam menterjemahkan bahasa sama ada melalui arahan suara atau teks yang 300 peratus lebih pantas dengan aplikasi Microsoft Translator, berbanding telefon biasa selain boleh digunakan secara online atau offline.

Ia juga mempunyai Machine Learning Algorithm di mana cip AI fon ini akan belajar daripada anda dan menguruskan memori, RAM dan aplikasi bagi memastikan semuanya beroperasi lancar walaupun selepas berbulan-bulan menggunakan telefon.

Terdapat model telefon yang memerlukan anda mempunyai dok khas bagi memuatkan telefon sebelum menyambungnya ke monitor.

Namun lain pula dengan Mate 10 yang boleh dijadikan CPU dan satu kabel sudah memadai untuk menyambungkannya ke monitor dan menukarkannya menjadi set PC baru. Fungsi ini dipanggil Easy Projection.

Segala kerja boleh dipindahkan dengan pantas bersama kelengkapan kerja seperti pembentangan digital dan perkongsian fail.

Dwilensa baru sememangnya hebat. Terdapat bukaan dwiapertur jenis f1.6 yang pertama di dunia pada resolusi 12MP untuk RGB serta 20MP bagi monokrom.

Ini bermakna, anda boleh memperoleh gambar depth of field yang cantik, foto terperinci, fotografi pada pencahayaan rendah serta imej tanpa kabur.

Setiap imej diproses dengan AI. Ia mampu mengesan sehingga 13 objek dirakam termasuk gambar binatang, manusia, makanan, teks, langit, pantai, mod malam, matahari terbit dan potret. Kemudian, setting akan ditukar dengan automatik dan ia ‘mewarnakan’ imej secara asli serta nampak seakan-akan hidup.

Pengguna di Malaysia boleh membeli model terbaru Huawei Mate 10 pada harga RM2,699 manakala warna yang ditawarkan adalah coklat atau hitam.

Huawei Mate 10 Pro pula berharga RM3,099. Ketika pra tempahan lalu, ia habis dalam tempoh sejam saja jadi anda boleh mengunjungi kedai dan pusat Huawei terpilih atau syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan fon ini.

Mate 10 Porsche Design Fon premium ini berharga RM6,999 dan ia datang dengan pelbagai aksesori yang direka Porsche Design secara eksklusif.

Membeli model Mate 10 dan Mate 10 Pro bermakna anda layak untuk mendapatkan ‘Huawei Christmas Promo’.

Selain itu, anda berpeluang memenangi hadiah termasuk Mate 10 Porsche Design, kamera panorama Huawei 360 dan penimbang berat pintar Huawei.

Apa yang diperlukan hanyalah mendaftar maklumat peribadi dan bukti pembelian, kemudian jawab dua soalan mudah.

Untuk lebih maklumat, anda boleh melawat Huawei Experience Store terdekat sekarang.

Thursday, 23 November 2017

Huawei Mate 10 Telefon Paling Gempak 2017



Elegan dan premium. Itulah gambaran bagi telefon pintar flagship siri Mate 10 yang dihasilkan Huawei yang sudah pun menemui anda.

Siri Mate 10 menggunakan Kirin 970 yang mempunyai cip pemprosesan AI terbenam dengan EMUI 8.0. Mate 10 mempunyai RAM 4GB dengan storan 64GB manakala Mate 10 Pro pula datang bersama RAM 6GB serta storan 128GB.

Banyak model telefon yang bersaiz besar namun ia sekadar badan saja apabila skrinnya tidak cukup puas atau luas untuk ditatap.

Huawei Mate 10 Pro dan Mate 10 Porsche Design mempunyai skrin FullView 6 inci 1080 x 2160 piksel OLED HDR yang nisbah skrinnya 18:9 cukup lebar untuk menonton, dua skrin kerja dan bermain game.

Namun sebenarnya skrin 6 inci terbabit dipasang pada saiz keseluruhan body 5.5 inci saja. Mate 10 pun begitu dengan skrin 5.9 inci jenis 2K (2560 x 1400 piksel) RGBW HDR pada nisbah paparan 16:9.

Jika mahu dibandingkan saiznya, Mate 10 Pro mempunyai rekaan panjang 154.2mm dan lebar 74.5mm namun skrin ditawarkan dengan skrin 6 inci serta 18:9 manakala iPhone 8 Plus pula pada saiz panjang 158.4m dan lebar 78.1mm namun ia hanya berskrin 5.5 inci (16:9).

Terdapat beberapa ciri kecerdasan pintar (AI) yang mengoperasikan tiga model Mate 10 ini sehinggakan telefon terbabit seakan-akan robot sedang mengikuti anda.

Keperluan AI bukan saja tertumpu pada pemprosesan, malah ia turut membabitkan perisian yang memudahkan kehidupan.

Misalnya, penggunaan AI dalam menterjemah bahasa sama ada melalui arahan suara atau teks yang 300 peratus lebih pantas dengan aplikasi Microsoft Translator, berbanding telefon biasa selain boleh digunakan secara online atau offline.

Terdapat model telefon yang memerlukan anda mempunyai dok khas bagi memuatkan telefon sebelum menyambungnya ke monitor.

Namun lain pula dengan Mate 10 boleh dijadikan CPU dan satu kabel sudah memadai menyambungkan ke monitor dan menukarnya menjadi set PC baru. Fungsi ini dipanggil Easy Projection.

Segala kerja boleh dipindahkan dengan pantas bersama kelengkapan kerja seperti pembentangan digital dan perkongsian fail.

Telefon pula boleh ditukar menjadi pad sentuh seakan-akan anda menggunakan pada tengah pada laptop sendiri.

Terima kasih kepada ciri 4x4 MIMO, 256QAM serta 3CC CA iaitu aspek teknikal pada rangkaian, anda akan memperoleh telefon pintar 4.5G 1.2Gbps Cat.18 yang pertama di dunia.

Maksudnya? Ia memberi kelajuan data sehingga 1.2Gbps yang menyokong Internet laju. Kini terpulang pada syarikat telekomunikasi menawarkan Internet pantas.

Sekalipun anda pengguna aktif, bateri 4,000mAh, Mate 10 masih bertahan sehari suntuk manakala penggunaan biasa pula selama dua hari. Tambahan pula, bateri siri Mate 10 disahkan selamat oleh agensi pemantauan keselematan Jerman.

Dwilensa baru sememangnya hebat. Terdapat bukaan dwiapertur jenis f1.6 yang pertama di dunia pada resolusi 12MP untuk RGB serta 20MP bagi monokrom.

Ia bermakna, anda boleh memperoleh gambar depth of field yang cantik, foto terperinci, fotografi pada pencahayaan rendah serta imej tanpa kabur.

Setiap imej diproses dengan AI, ia mampu mengesan sehingga 13 objek dirakam termasuk gambar binatang, manusia, makanan, teks, langit, pantai, mod malam, terbit matahari dan potret. Kemudian, setting akan ditukar dengan automatik dan ia ‘mewarnakan’ imej secara asli serta nampak seakan-akan hidup.

Pengguna di Malaysia boleh membeli model terbaru Huawei Mate 10 pada harga RM2,699 manakala warna yang ditawarkan adalah coklat atau hitam.

Huawei Mate 10 Pro pula akan menemui anda pada hari esok. Ketika pra tempahan lalu, ia habis dalam tempoh sejam saja jadi anda boleh mengunjungi kedai dan pusat Huawei terpilih atau syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan fon ini.

Friday, 10 November 2017

Razer Phone Tawarkan Model 8GB Ram Pertama Buat Kaki Gamer



Razer yang terkenal dengan produk game kali ini datang dengan fon untuk kaki game dilengkapi RAM sehingga 8GB.

Dianggarkan dijual pada harga RM3,499, ia mempunyai keupayaan teknologi UltraMotion yang mempunyai kadar paparan 120Hz bermakna anda boleh bermain tanpa tersekat pada skrin Quad HD.

Audio pula beroperasi pada Dolby ATMOS yang turut menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 835.


SPESIFIKASI:


RAZER PHONE


Harga: Anggaran RM3,499

Ciri: Skrin 120Hz UltraMotion

Paparan: 5.7 inci IGZO LCD 1440 x 2560 120Hz, Wide Color Gamut (WCG) Corning Gorilla Glass 3

Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 835

RAM: 8GB

Storan: 64GB UFS

Kamera: Dwikamera 12MP

Kamera depan: 8MP FF f2.0

Bateri: 4000mAh

Kenipisan: 8mm

Model Czur Book Scanner ET16



Terdapat pengimbas pelbagai fungsi di pasaran yang sesuai digunakan di pejabat atau sekolah.

Model Czur Book Scanner ET16 boleh mengimbas 40 muka surat buku tanpa membuka ‘stapling’ dengan format sebesar saiz A3.

Terdapat dua kaedah menggunakan pengimbas sama ada secara fizikal yang disambungkan ke komputer dengan USB/HDMI atau WiFi berbekalkan bantuan akaun ‘cloud’ Czur.

Saya mencuba kedua-dua kaedah ini namun pada keseluruhannya lebih gemar menggunakan USB biasa.

Tetapi jika anda tidak mempunyai mana-mana komputer berhampiran, pilihan cloud boleh ciri utama.

Sekiranya anda akan menyambungnya terus ke komputer, anda akan menggunakan aplikasi Czur yang disertakan ketika proses pengimbasan.

Aplikasi ini membolehkan anda menggunakan Czur sama ada sebagai pengimbas imej yang merakam atau sebagai penyampai visual langsung iaitu seakan-akan projektor memancarkanya ke dinding.

Aplikasi ini akan menunjukkan kepada anda kaedah menggunakannya bermakna ia mudah digunakan jadi boleh memastikan ia diselaraskan tepat sebelum anda mengimbasnya.

Cara menggunakannya juga mudah, hanya selak satu muka surat ke muka surat yang lain dan tekan butang untuk rakaman.

Bagi buku yang tebal mungkin sedikit sukar kerana perlu menggunakan kedua-dua tangan.

Pengimbas akan melukis beberapa garisan laser mendatar di seluruh imej yang membolehkannya mengira dan membetulkan kelengkungan halaman kemudian menyimpan gambar terbabit.

Perisian ini membolehkan mengimbas hitam putih, kelabu atau warna penuh.

Apabila mengimbas buku, satu perkara yang saya pelajari ialah anda tidak perlu tergesa-gesa mengimbasnya. Selak satu persatu dengan perlahan dan rapi.

Perisian pengimbasan mempunyai tiga kategori utama iaitu ‘Scan’ yang digunakan dalam mengimbas dan merakam imej, ‘Archive’ dalam mengeluarkan dokumen Word atau PDF serta ‘Bulk’ dalam pemprosesan imej secara pukal.

Selepas menggunakannya, penguji lihat ia peranti mudah guna dengan perisian yang senang difahami.

Ia sesuatu yang unik kepada pejabat atau sistem pengajaran di kelas dengan nilai harga ok iaitu RM1,799 didapati di 11Street.

Friday, 3 November 2017

Kamera Sony RX0, Kamera Sony RX10 IV, Kamera Sony AX700 dengan Sensor CMOS Tri-Layer


Sony yang sinonim dengan sensor CMOS Tri-Layer kini tampil dengan tiga produk berlainan menggunakan tekonologi yang sama, merangkumi Sony RX0, Sony RX10 IV dan Sony AX700.
Dengan saiznya yang kecil, RX0 sesuai digelar sebagai sebuah kamera digital ultrakompak.
Kameranya dengan fungsi autofokus berupaya menyerlahkan hasil akhir yang hebat, setanding RX100 V.
Ia mempunyai sensor 1 yang beresolusi 15.3MP bersama lensa 24mm F4 selain ciri kalis air sehingga 10 meter, tahan lasak sehingga 200kg beban dan anti gegaran.
Untuk aspek videografi pula, ia berupaya melaksanakan rakaman video pula sehingga 1000 fps.
Berfungsi seperti DSLR, RX10 IV dilengkapi sistem autofokus super-pantas yang mampu merakam pada kelajuan 0.03 saat.
Ia berupaya menangkap gambar dan video 4K menggunakan kamera beresolusi 20MP selain merakam video super-perlahan sehingga 1000fps pada resolusi HD penuh.
Kamera ini juga sesuai digunakan untuk merakam foto hidupan liar atau aksi sukan dari jarak jauh kerana ia didatangkan dengan lensa fokal 24-600mm bersama apertur antara F2.4-F4.0.
Manakala AX700 adalah sebuah perakam video (Handycam). Ia boleh merakam video 4K HDR mengikut piawaian Hybrid Log-Gamma (HLG) menggunakan sensor 1.
Alat ini mempunyai keupayaan lensa zum optikal sehingga 12 kali lebih hebat untuk merakam sebarang rakaman pada lingkungan 29mm hingga 348mm dengan bukaan apertur antara F2.8 hingga F4.5.
Rakaman video dapat dilakukan sepantas 1000fps pada 720p di samping 4K 30p.

RX0
• HARGA: RM3,199
• LENSA: ZEISSÆ Tessar T*
• SENSOR: Exmor RS CMOS sensor
• APERTUR: F4.0
• KALIS AIR: IPX8
• TAHAN LASAK: Sehingga 200kg


RX10 IV
• HARGA: RM7,999
• LENSA: ZEISSÆ Vario-Sonnar T*
• SENSOR: Exmor RS CMOS sensor
• APERTUR: F2.4- F4


AX700
• HARGA: RM7,299
• LENSA: ZEISS Vario-Sonnar T*
• ZUM OPTIKAL: 12x
• KEJELASAN IMEJ ZUM: 4K : 18x, HD : 24x
• SKRIN: 8.8cm(3.5 type) Xtra Fine LCD
• PAPARAN SKRIN: 1555K
• LEBAR SKRIN: 16x9


www.gajetmalaysia.ml