Ads

Thursday 27 October 2016

Telefon Asus 6GB kini boleh dibeli


ASUS mula menjual model ZenFone 3 Deluxe secara rasmi dengan spesifikasi saiz 5.7 inci menggunakan paparan Super AMOLED beresolusi HD penuh yang meliputi hampir 79 peratus bahagian hadapannya.
Mengejutkan apabila ia memiliki kuasa Qualcomm Snapdragon 821 dengan RAM sehingga 6GB! Terdapat juga satu lagi versi iaitu kemudahan Snapdragon 820 dengan jumlah RAM yang sama.
Pasti mantap dan dikhabarkan boleh membuka 33 aplikasi serentak tanpa masalah ‘lag’.
Storan dalaman yang disediakan adalah 256GB bagi Snapdragon 821 dan masih boleh ditambah melalui slot mikroSD.
Manakala versi Snapdragon 820 akan mempunyai storan 64GB.
Kameranya tidak kurang hebat, ASUS menggunakan teknologi PixelMaster 3.0 yang dilengkapkan sensor Sony IMX318 beresolusi 23MP.
Telefon dengan sensor pengimbas cap jari di belakang ini hadir dengan pilihan warna emas, hitam dan biru.
INFO
ASUS ZENFONE 3 DELUXE
• HARGA: RM3,299 (Snapdragon 821), RM 2,599 (Snapdragon 820)
• PAPARAN: 5.7 inci FHD AMOLED
• CPU: Qualcomm Snapdragon 821 / Snapdragon 820
• RAM: 6GB
• STORAN: 256GB (Snapdragon 821), slot kad mikroSD / 64GB (Snapdragon 820)
• KAMERA: 23MP, 8MP (depan)
• SAMBUNGAN: Bluetooth 4.2, USB Type-C, sensor pengimbas cap jari
• BATERI: 3000mAh
• OS: Android M dengan ZenUI 3.0


mzaki

About mzaki

Perkongsian berkenaan info - info technology dan gajet terkini yang menjadi kegemaran semua pihak.

Subscribe to this Blog via Email :