Ads

Thursday, 15 December 2016

SHARP M1 buat penggemar Selfie




Mencari telefon dengan kombinasi harga dan spesifikasi hebat nampak mudah tapi jika anda benar-benar meneliti satu persatu produk di pasaran pasti pening kerana kedua-duanya sukar diperoleh bersama.
Nasib baik sebuah telefon pintar, SHARP M1 tidak akan membebankan anda dengan masalah di atas apabila ia menjawabnya dengan bergaya.
Apatah lagi jika anda mahukan telefon tanpa perlu pening kepala memikirkan soal spesifikasi, jadi jawapannya memang tepat dalam SHARP M1.
Penguji melihat kekuatan SHARP M1 terletak pada tiga faktor iaitu kamera beresolusi 13 megapiksel depan dan belakang. Ya anda dengarnya dengan betul, resolusi sama pada kedua-dua kamera memang masih belum menjadi kebiasaan bagi sesetengah produk tapi SHARP menciptanya dengan baik dan kemas.
Faktor kedua terletak pada rekaan cantik di belakang yang memperlihatkan lengkung 3D Corning™ Gorilla™ Glass hasil inspirasi DNA rekaan Jepun yang dibawa selain rekaan ketimuran yang bergaya dan bermutu tinggi.
Faktor ketiga pula ialah gabungan RAM 3GB serta ROM atau storan 64GB yang cukup serasi.
SHARP M1 datang dengan sensor khas direka di dalam yang membolehkan rakaman pada waktu malam sama kualitinya dengan rakaman jenis pencahayaan biasa.
Penguji paling menyukai kamera selfie yang menampakkan tahap profesional menggunakan telefon pintar ketika merakam gambar.
Mana tidaknya, penguji boleh fokuskan latar belakang atau objek tertentu dengan pantas selain fokus automatik memudahkan objek dipilih dengan tepat dan terperinci.
Kamera depan dengan format 77 darjah memang boleh membuatkan ramai masuk sekali dalam foto terbabit, jadi tiada muka separuh yang masuk dalam potret selfie.
Kapasiti RAM sebanyak 3GB dan storan ROM 64GB memperlihatkan operasi telefon dengan lancar. Terima kasih kepada fungsi pemprosesan pelbagai guna octa-core yang memaksimumkan tahap kecekapan mengurangkan beban kerja biasa.
Selain direka menggunakan pemprosesan Mediatek MT6753, ia juga didatangkan bersama sistem operasi Android v 6.0 Marsmallow.
Memiliki paparan penuh HD, Sharp M1dibina dengan skrin paparan FHD LTPD berukuran 5.5 inci manakala bezelnya pula memang kecil dan menampakkan jarak antara skrin dan sisi telefon secara minimum.
Bagi memaksimumkan penggunaan pengguna, anda boleh mendapatkan sokongan kad mikroSD hibrid dan peranti ini turut menyokong dwi kad sim.
Peranti senipis 7.6mm dengan berat hanya 151 gram ini tampil dengan bateri 2600mAh. Jika ditanya kepada penguji siapa yang patut membelinya, penguji akan menjawab ‘wanita’ kerana telefon yang anggun hanya sesuai untuk wanita yang cantik.
SHARP M1 dijual pada harga RM899 dengan dua pilihan warna iaitu merah jambu atau putih.

Friday, 9 December 2016

Samsung Gear S3 standard tentera




Samsung bakal melancarkan jam pintar Gear S3 dengan dua versi, Frontier dan Classic bagi pasaran Malaysia yang mengekalkan bezel boleh putar untuk kawalan menu jam.
Ia bakal dijual pada harga RM1,399 bermula esok.
Skrinnya dilengkapi paparan 1.3 inci Super AMOLED dan dilindungi kaca Corning Gorilla Glass SR+ yang direka khas untuk peranti boleh pakai lebih tahan lasak dan tahan calar.
Samsung hanya memperkenalkan satu rangkaian bagi Gear S3 iaitu tanpa LTE, namun pengguna masih boleh membuat panggilan dengan menyambungkan telefon ke gajet ini menggunakan bluetooth.
Jam pintar ini akan lengkap dengan ciri Samsung Pay namun ia masih belum boleh digunakan bagi pasaran Malaysia. Selain ciri unik itu, ia turut datang dengan alat dalaman GPS, sensor altimeter, barometer dan speedometer.
Ia mempunyai ketahanan bateri hingga empat hari.
S3 mempunyai fungsi SOS dan pengesan GPS baru. Pengguna hanya perlu menekan butang ‘home’ sebanyak tiga kali bagi mengaktifkan fungsi SOS.
Pengguna yang mahu strim menggunakan aplikasi pihak ketiga pula boleh memasangnya melalui bluetooth dan bukannya memindah turun aplikasi secara langsung ke jam terbabit.
Gear S3 Frontier lebih kepada individu yang mementingkan gaya hidup aktif sesuai dengan kerja atau aktiviti luar masing-masing.
Gear S3 Classic pula sesuai untuk indvidu yang pentingkan perincian pada peranti dengan rekaan mewah.
Terdapat lima antaramuka jam yang terpapar pada skrin Super AMOLED yang tidak akan memadamkan skrin tapi hanya mengaburkannya jika tidak digunakan.
Mengoperasikan jam hanya dengan kaedah ‘tap’, leret dan sentuh pada skrin dan bezel boleh pusing pula membantu menjadikannya lebih kemas.
Jam ini mempunyai keupayaan pembesar suara sendiri yang berguna untuk membuat panggilan, mendengar mesej suara dan penggera.
Samsung Gear S3 mampu dibawa masuk dalam air apabila ia ditetapkan pada pensijilan IP68 yang kalis air sehingga 1.5 meter dalam masa hingga 30 minit.
Ia juga menggunakan standard ketenteraan MIL-STD-810G yang tahan lasak.
INFO
SAMSUNG GEAR S3
• HARGA: RM1,399
• PAPARAN: 1.3 Super AMOLED
• AP: Dual Core 1.0GHz
• OS: Tizen
• MEMORI: 4GB
• RAM: 768MB
• CIRI: 1P68

Wednesday, 7 December 2016

Sharp Aquos Z2 Pantas berdesup!


Mencuba Sharp Aquos Z2 memberi pengalaman menarik kerana sejak beberapa minggu ini penguji kerap bermain dengan jenama dari China.
Apabila memperoleh peluang memegang Sharp Aquos Z2, ia tidak mengecewakan apabila SoC jenis MediaTek Helio X20 deca core memberi kuasa mudah alih optimum yang padan dengan RAM 4GB ditawarkan.
Helio X20 mampu mengoperasikan dua core dalam CPU Cortex-A72 2.3GHz dengan baik, sekali gus menghasilkan prestasi tinggi selain ditambah core lagi untuk Cortex-A53 2.0GHz dan 1.4GHz benar-benar menambah keupayaan telefon anda.
Bahasa mudahnya, telefon ini melancarkan penggunaan yang mana anda tidak akan berasa ‘lag’ pada telefon dan mampu membuka banyak aplikasi tanpa memberi beban kepada Sharp Z2 untuk bekerja.
Ia dibolehkan melalui teknologi 'Tric-cluster' yang mengaktifkan core sepadan dengan keperluan aplikasi digunakan. Pada masa sama, ia juga menggalakkan penggunaan bateri yang cekap.
Penguji cuba membuka aplikasi game kemudian menutupnya dan membuka pula aplikasi media sosial seperti Facebook dan Instagram, kemudian melancarkan semua tiga aplikasi game kasual diteruskan dengan membuka pula kamera.
Semua aktiviti terbabit tidak memberi masalah kepada telefon.
Bercakap mengenai kamera, resolusi 16MP pada format AF PDAF cukup merakam foto sempurna ketika anda memerlukannya.
Kamera selfie dengan lensa sudut lebar 82 darjah bermakna lebih ramai rakan boleh masuk sekali dalam satu gambar dan ia menggunakan apertur f/1.8.
Berdasarkan paparan 5.5 inci beresolusi 1920 x 1080 piksel, ia mampu menghasilkan apa saja imej cantik terpampang di skrin.
Hadir dengan bateri 3000 mAh yang menyokong teknologi pengecasan pantas MediaTek Pump Express 3.0 melalui USB Port Type-C, Sharp Z2 mampu mengecas sehinggga 50 peratus dalam tempoh 30 minit saja.
Jika anda mengecasnya penuh, cukup anda gunakan seharian tanpa ‘powerbank’ tambahan.
Penguji menggemari ciri baru yang ditampilkan iaitu pemancar IR pada bahagian atas telefon di mana komponen ini membolehkan pengguna untuk mengawal peralatan kediaman hanya dengan menggunakan telefon tanpa sebarang sokongan aplikasi.
Pengimbas cap jari pun sangat lancar walaupun anda menggunakan dengan kerap dan penguji tidak lupakan dua slot kad SIM yang memberi keselesaan jika si pemakai ada dua nombor telefon berbeza.
Untuk membeli telefon ini, anda perlu berbelanja RM1,199 namun dengan storan 32GB serta rekaan 2.5D lengkung di belakang memang menakjubkan dan tidak dilupakan warna pilihan berbeza iaitu emas dan perak sangat berbaloi dimiliki.
INFO
SHARP AQUOS Z2
• PENGELUAR: SHARP Mobile
• PENGEDAR: Commtiva Technology Limited
• CIRI: Telefon harga patut
• PRO: Ciri hebat, berbaloi
• LAMAN WEB: www.sharpmobile.com.my

Sunday, 4 December 2016

GoPro Karma.Melihat syurga dunia dari perspektif berbeza

Seeing life from the heaven, looking down, helps us be more aware of the incredible nature of our world, that’s our brand is all about. Helping you capture and relief experiences that celebrate you as a human, and that is why we build KARMA – Nick Woodman (Founder & CEO GoPRO)
P/s : anda kena baca dengan Jedda (huruf koma kena berhenti) baru anda dapat rasakan kata2 emas dari Nick Woodman ni.*Tips membaca.
Itulah ungkapan emas dari Nick Woodman yang malebelkan GoPRO Karma sebagai satu gadget yang bole ubah perspektif anda melihat dunia pada sudut yang berbeza. Satu fenomena baru untuk dunia drone yang dihasilkan oleh syarikat Go Pro yang bukan sahaja boleh menerbangkan camera tersebut tapi yang lagi mengkagumkan ia hadir dengan rekaan yang kemas, bersaiz kompak dan boleh dilipat ! Haa terkejut tak korang ? Drone pertama yang korang boleh lipat2 masuk dalam beg galas seperti BagPack Basic yang disertakan khas untuk dron ni dibawa kemana sahaja anda suka. Selain tu ia juga didatangkan dengan penstabilan tiga-axis.
beg-pack
Okay lagi apa yang best GoPro Karma ni lagi :
gopro_karma_
(1)  Ultra Compact
Karma akan ikuti anda, seram bunyinya. Ia ringan untuk anda bawa kemana anda suka, case yang kompak dan selesa untuk digunakan apa sahaja aktiviti yang anda suka.
(2) Easy to Fly
Tak pernah guna drone sebelum ni? Dia menjanjikan kemudahan untuk mengendalikan GoPro Karma ni dengan penuh keyakinan ! Sekali bawak orang label anda sebagai PRO !
(3) Take your friends for a ride
The GoPro Passenger™ Aplikasi yang membolehkan kawan2 anda untuk melihat penerbangan anda dan boleh control ketika anda menerbangkan Karma ni. Dia open pada 23 Ogos. TERBAEK kan?
(4) Handheld + Mounted
Shake-Free handheld shots. Power kan ? Sesuai untuk aktiviti lasak, gegar2 pegang camera tapi gambar tak jelas? Settle bila anda memilik Go PRO Karma ni.
Okay tu antara benda2 yang best kalau korang memiliki GoPRO Karma ni, tapi berapa pulak harga dia ea? Okay dia keluarkan bersama GoPRO Hero 5 pada harga $1099 (~RM4551) ataupun Hero5 Session pada harga $999 (~RM4136). Sekiranya anda hanya inginkan dron Karma ini sahaja, ia akan dijual pada harga $799 (~RM3310). Apa macam ? Affordable ke tak ? Apa kata anda ? Tapi jangan excited sangat, belum diumumkan lagi bila ia masuk untuk pasaran tempatan. Bersama-sama kita tunggu rakyat Malaysia menerbangkan GoPro Karma ni ðŸ™‚
sumber

Saturday, 3 December 2016

Cara Mengenali Handphone Ori Ataupun Tidak


Cara Mengenali Handphone Ori Atau Tak dan mengenal bagaimana kita dapat melihat dengan jelas…
Kes penipuan barangan elektronik sekarang ni semakin menjadi-jadi sehinggakan iPhone 4S pon boleh diaorang boleh ciplak oleh China. Di sini, Admin ingin nak kongsikan pada korang semua macam mana nak tahu samada handphone korang tu original ataupun cap ayam.
Check it out :
ikut langkah-langkah seperti di bawah :
1. Taip *#06#
2. Akan keluar IMEI number ( International Mobile Equipment Identity)
3. Semak no IMEI anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 358671017470473
4. Kedudukan no 7 dan no 8 adalah seperti ******01*******
5. Untuk semak sama ada phone korang original atau pon tidak, check kod di bawah.
•02 atau 20 : dari China = LOW QUALITY
•08 atau 80: dari Germany = FAIR QUALITY
•01 atau 10: dari Finland = VERY GOOD
•00 atau 03 oatau 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
•13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH

Friday, 2 December 2016

Waspada beli Memori Kad 32gb dan 64gb


Jangan beli Memori Kad 32gb dan 64gb – Hai semua pembaca  Alhamdulilah syukur kita dapat berkongsi lagi cerita berkenaan teknologi masakini. Mungkin diantara pembaca semua tak banyak ambil tahu pasal memori kad smart phone yang bersepah jual di pasaran seperti lowyat,plaza alam sentral,subang sunway, dan sebagainya.
Jangan beli Memori Kad 34gb dan 64gb
Korang pernah terfikir tak betul ke memori tu 32gb atau 64gb fully atau clone semata-mata. Disini admin nak tegaskan dekat korang bila beli memori kad yang kapasiti die besar atau harga tak masuk akal check dulu atau try download apps yang bersaiz lebih dari 10mb sebelum nak beli atau dah beli. Ingat masa dah beli jangan belah aje dari kedai tu check atau download apps yang saiz lebih 10mb untuk mendapat kepastian bahawa memori tu betul saiz die 34gb atau 64gb.
Jangan beli Memori Kad 34gb dan 64gb
Jangan beli Memori Kad 34gb dan 64gb
Satu lagi  nak ingtkan bila beli memori kad sd yang brand die pelik-pelik atau tak pernah dengar try dulu yang adm bagitau dekat atas tadi cuba dan baru beli memori kad tu ye. Sekarang ini memori kad semua dah banyak sangat clone. Tulis dekat kotak 34gb bila masuk kt smart phone download aplikasi lebih 10mb terus rosak memori tu hmm. adm dah 3 kali kene perkara macam ni.
Brand memori kad yang boleh dipercayai ialah SanDisk bagi adm la…tapi banyak lagi brand yang ok,bukan apa adm tak korang terkena macam apa yang terjadi dekat adm ni. So berhati-hati bila beli memori kad.

Thursday, 1 December 2016

Kemaskini Android 5.1.1 Lollipop Untuk Sony Xperia M2, M2 Aqua

Sony-Xperia-M2-Aqua
Kemaskini Android 5.1.1 Lollipop untuk Sony Xperia M2 dan Xperia M2 Aqua kini dikeluarkan secara rasmi oleh Sony Mobile. Walaupun terdapat beberapa khabar angin yang mengatakan ia tidak akan menerima Android Lollipop, peranti tersebut akhirnya dikemaskini daripada Android 4.4.4 KitKat terus ke Android 5.1.1 sekaligus meningkat prestasi telefon pintar tersebut dan melindunginya dari ancaman Stagefright.
Firmware Android 5.1.1 Lollipop dengan Build Number 18.6.A.0.175 tersebut seperti biasa dikeluarkan secara berperingkat kepada pengguna. Namun, jika anda tidak sabar menunggu kemaskini OTA untuk hadir ke peranti masing-masing, proses tersebut boleh dilakukan secara manual dengan cara flash file firmware ftf Android 5.1.1 Lollipop terus ke peranti. Pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan sebelum memulakan proses kemaskini manual tersebut.
Android 5.1.1 Lollipop merupakan satu perubahan besar berbanding Android 4.4.4 KitKat termasuk dari segi antaramuka, fungsi dan ciri-ciri khas yang ada padanya. Apa yang pasti, ianya jauh lebih menarik dan menjadikan peranti lebih baik terutama dalam aspek penggunaan bateri pada peranti.

Senarai Smartphone Terbaik Dengan 3GB Ram Di Malaysia

Asus PadFone S (PF500KL)
Smartphone Terbaik Dengan 3GB Ram Di Malaysia | Dunia semakin maju dan teknologi semakin canggih mungkin ada yang tertinggal berkenaan teknologi yang sangat laju, Apa kata korang terjah artikel yang saya buat ni untuk rujukan korang memilih smartphone yang terbaik.
Disini saya akan terangkan serba sedikit berkenaan smartphone yang mempunyai 3GB RAM dan kualiti sangat awesome, Harga pun tak berapa mahal sangat.
Sebelum kemunculan peranti dengan ram 4GB , beberapa model telah pun diperkenalkan dengan ram sebesar 3GB antaranya Oneplus One, Sony Xperia Z2, Samsung Galaxy NoteEdge dan beberapa model terkenal lain. Ini senarai yang sempat kami kumpulkan untuk rujukan anda.
TELEFON PINTARSPESIFIKASI
Sony Xperia Z3
Saiz Skrin: 5.2 inci (1080p, 424 ppi )
Prosessor : Quad-core 2.5 GHz Snapdragon 801
Ram : 3GB
Memori : 16/32gb (scdcard 128GB)
Kamera : 20.7 Megapiksel 2.2 Megapiksel
Versi Android : Android 4.4.4 Kit Kat (+Lollipop)
Bateri : Li-Ion 3100 mAh
Xiaomi Mi 4
Saiz Skrin: 5 inci (1080p)
Prosessor : Snapdragon 801
Ram : 3GB Ram
Memori : 16/64GB
Kamera : 13MP / 8MP hadapan
Versi Android : Android 4.4.3 KitKat
Bateri : 3080mAh
Sony Xperia Z2
Saiz Skrin: 5.2 inches (1080P, 424 ppi)
Prosessor : Quad-core 2.3 GHz Snapdragon 801
Ram : 3GB Ram
Memori : 16GB (sdcard 128GB)
Kamera : 20.7 Megapiksel + 2.2 Megapiksel
Versi Android : Android 4.4.4 Kit Kat (+Lollipop)
Bateri : Li-Ion 3200 mAh
OnePlus One
Saiz Skrin: 5.5 inci (1080p)
Prosessor : Snapdragon 801
Ram : 3GB Ram
Memori : 16GB / 64GB
Kamera : 13MP / 5MP Hadapan
Versi Android : 5.0 Lollipop
Bateri : 3100mAh
LG G4
Saiz Skrin: 5.5 inci ( 2K resolution)
Prosessor : Snapdragon 808
Ram : 3GB Ram
Memori : 32GB + 128GB sdcard
Kamera : 16MP / 8MP hadapan
Versi Android : Android 5.0 Lollipop
Bateri : 3000mAh
Samsung Galaxy Note 3
Saiz Skrin: 5.7 inci (1080p)
Prosessor : Qualcomm Snapdragon 800 (N9005, N9002)/Exynos 5 Octa 5420 (N9000)
Ram : 3GB
Memori :  16/32/64 GB + 64GB sdcard
Kamera : 13MP / 2MP hadapan
Versi Android : Android Lollipop
Bateri : 3200mAh
Samsung Galaxy Note Edge
Saiz Skrin: 5.6 inci
Prosessor : Snapdragon 805
Ram : 3GB
Memori : 32/64GB + 128GB sdcard
Kamera : 16MP / 4MP hadapan
Versi Android : 4.4 Kit Kat + 5.0 Lollipop
Bateri : 3000mAh
Samsung Galaxy Note 4
Saiz Skrin: 5.7 inci
Prosessor : Qualcomm Snapdragon 805 (SM-N910S)
Exynos 5433 (SM-N910C)
Ram : 3GB
Memori : 32GB + 128GB sdcard
Kamera : 16MP / 4MP hadapan
Versi Android : Android 5.0 Lollipop
Bateri : 3220mAh
Samsung GalaxyS6
Saiz Skrin: 5.1 inci
Prosessor : Exynos 7420
Ram : 3GB
Memori : 32/64/128GB
Kamera : 16MP / 5MP Hadapan
Versi Android : Android 5.0 Lollipop
Bateri : 2550mAh
Motorola Nexus 6
Saiz Skrin: 6 inci
Prosessor : Snapdragon 805
Ram : 3GB
Memori : 32/64GB
Kamera : 13MP / 2MP
Versi Android : Android 5.0 Lollipop
Bateri : 3220mAh
Huawei Honor 6 Plus
Saiz Skrin: 5.5 inci
Prosessor : HiSilicon Kirin 925
Ram : 3GB
Memori : 16GB (3G model); 16/32 GB (LTE model)
Kamera : 8MP / 8MP
Versi Android : Android 4.4 Kit Kat
Bateri : 3600mAh
Samsung Galaxy S6 Edge
Saiz Skrin: 5.1 inci
Prosessor : Exynos 7420
Ram : 3GB
Memori : 32/64/128 GB
Kamera : 16MP / 5MP
Versi Android : Android 5.o Lollipop
Bateri : Li-Ion 2600 mAh
HTC One M9 Plus
Saiz Skrin: 5.2 inci
Prosessor : Mediatek MT6795T
Ram : 3GB
Memori : 32GB
Kamera : 20MP / 4MP
Versi Android : Android 5.0 Lollipop
Bateri : Li-Po 2840 mAh
HTC One E9+
Saiz Skrin: 5.5 inci
Prosessor : Mediatek MT6795M
Ram : 3GB
Memori : 32GB
Kamera :  20MP / 4MP
Versi Android : Android 5.0 Lollipop
Bateri : Li-Po 2800 mAh
Xperia Z3+
Saiz Skrin: 5.2 inci
Prosessor : Snapdragon 810
Ram : 3GB
Memori : 32GB
Kamera : 20.7MP / 5MP
Versi Android : Android 5.0 Lollipop
Bateri : Li-Ion 2930 mAh
LG G3
Saiz Skrin: 5.5 Inci
Prosessor : Snapdragon 801
Ram : 3GB
Memori : 32GB
Kamera : 13MP / 2.1MP
Versi Android : Android 5.0 Lollipop
Bateri : Li-Ion 3000 mAh
LG G Pro 2
Saiz Skrin: 5.9 inci
Prosessor : Snapdragon 800
Ram : 3GB
Memori :  16/32GB
Kamera :  13MP / 2.1MP
Versi Android :  Android 4.4.2 Kit Kat + Lollipop
Bateri :  Li-Ion 3200 mAh
Lenovo Vibe Shot Z90
Saiz Skrin: 5 inci
Prosessor :  Snapdragon 615
Ram : 3GB
Memori : 32GB
Kamera :  16MP / 8MP
Versi Android : Android 5.0 Lollipop
Bateri :  Li-Po 2900 mAh
Huawei Ascend P8
Saiz Skrin: 5.2 inci
Prosessor : HiSilicon Kirin 930/935
Ram : 3GB
Memori : 16/64GB + 128GB sdcard
Kamera : 13MP / 8MP
Versi Android : Android 5.0 Lollipop
Bateri :  Li-Po 2680 mAh
HTC One M9
Saiz Skrin: 5 inci
Prosessor :  Snapdragon 810
Ram : 3GB
Memori : 32GB + 128GB sdcard
Kamera : 20MP / 4MP
Versi Android : Android 5.0 Lollipop
Bateri : Li-Po 2840 mAh
Xiaomi Mi Note
Saiz Skrin: 5.7 inci
Prosessor :  Snapdragon 801
Ram : 3GB
Memori : 16/64GB
Kamera : 13MP /
Versi Android : Android 4.4.4 Kit Kat
Bateri : Li-Ion 3000 mAh
Huawei Honor 6
Saiz Skrin: 5.0 inci
Prosessor : HiSilicon Kirin 920
Ram : 3GB
Memori : 16/32GB + 64GB sdcard
Kamera : 13MP / 5MP
Versi Android :  Android 4.4.2 KitKat
Bateri : Li-Po 3100 mAh
Huawei Ascend Mate 7
Saiz Skrin: 6 inci
Prosessor : HiSilicon Kirin 925
Ram : 3GB Ram
Memori : 32GB
Kamera : 13MP / 5MP
Versi Android : Android 4.4 Kitkat
Bateri : Li-Po 4100 mAh
Oppo R7
Saiz Skrin: 5 inci
Prosessor : Snapdragon 615
Ram : 3GB Ram
Memori : 16GB + sdcard 128GB
Kamera : 13MP / 8MP
Versi Android : Android 4.4.2 Kit Kat
Bateri : Li-Po 2320 mAh
LG G Flex 2
Saiz Skrin: Skrin melengkung 5.5 inci
Prosessor : Snapdragon 810
Ram : 3GB Ram
Memori : 32GB + sdcard 128GB
Kamera : 13MP / 2.1MP
Versi Android : 5.0 Lollipop
Bateri : Li-Po 3000 mAh
Lenovo Vibe Z2 Pro
Saiz Skrin: 5 inci
Prosessor :Snapdragon 801
Ram : 3GB Ram
Memori : 32GB
Kamera : 16MP / 5MP
Versi Android : Android 4.4 Kit Kat + Lollipop
Bateri : Li-Po 4000 mAh
Meizu MX4 Pro
Saiz Skrin: 5.5 inci
Prosessor :  Exynos 5 Octa 5430
Ram : 3GB
Memori : 16/32/64GB
Kamera : 20.7MP / 5MP
Versi Android : Android 4.4 KitKat
Bateri : 3350 mAh
ZTE Nubia Z9 Max
Saiz Skrin: 5.5 inci
Prosessor :  Snapdragon 810
Ram : 3GB
Memori : 16GB
Kamera : 16MP / 8MP
Versi Android : Android 5.0 Lollipop
Bateri : Li-Ion 2900 mAh
Oppo R7 Plus
Saiz Skrin: 6 inci
Prosessor :  Snadragon 615
Ram :  3GB
Memori : 32GB + sdcard 128GB
Kamera : 13MP / 8MP
Versi Android : Android 5.1 Lollipop
Bateri : Li-Po 4100 mAh
Blackberry Passport
Saiz Skrin: 4.5 inci
Prosessor : Snapdragon 801
Ram :  3GB
Memori : 32GB
Kamera : 13MP / 2MP
Versi OS : BlackBerry OS 10.3
Bateri :  Li-Ion 3450 mAh
Oppo Find 7Saiz Skrin: 5.5 inci
Prosessor
 : Snapdragon 801
Ram : 3GB
Memori : 32GB
Kamera :  13MP / 5MP
Versi Android : Android 4.3 Jellybean
Bateri : Li-Po 3000 mAh


Senarai peranti dengan 3GB ram di atas jika diteliti 90% daripada senarai tersebut merupakan flagship device untuk setiap jenama. Hanya beberapa model menggunakan cip pemprosesan kelas pertengahan seperti Oppo Find 7/Plus yang menggunakan Qualcomm Snadragon 615.
Jika ada yang kami terlepas pandang dengan smartphone yang terbaru mungkin anda tahu serba sedikit bolehlah komen untuk kami update selanjutnya. Selamat bersmartphone ðŸ™‚
Kredit by :sumber

Cara Nak FLASHING Lenovo A850+


Cara Nak FLASHING Lenovo A850+ – Alhamdulilah syukur kerana Allah TN dapat rezeki untuk menaip lagi, Dalam blogpost kali ini TN nak ceritakan cara macam mana nak FLASHING Lenovo A850+ dalam bahasa sainstifik ROOT or VROOT,Flashing dan Rooting dua pekara berbeza. Siapa yang guna Lenovo mesti tahu perkara ni.
Cara Nak FLASHING Lenovo A850+
Biasa siapa yang guna smartphone lenovo masalah die aplikasi banyak tulisan cina dan keyboard cina la lepas tu bahasa die susah nak tukar bahasa kan…asik keluar tulisan cina sahaja. Cara FLASHING yang saya tunjuk ini korang mesti ikut step die betul2 ok. TN tidak bertanggungjawab sebarang masalah yang korang alami nanti.
So berhati-hati bila nak buat FLASHING di Smartphone Lenovo A850+, Satu TN nak ingatkan semua pembaca sebelum nak mulakan siap2 bekup data dalam hp korang tu ye jangan salahkan TN kalau semua data hilang sebab TN dah bagitau awal2.
Cara Nak FLASHING Lenovo A850+
Download Link A850+ s119 ROOT GAPPS
FLASHING GUIDE
**PASTIKAN ANDA SUDAH INSTALL USB DRIVER KE PC@LAPTOP ANDA**
1 – selesai download firmware, sila extract..matikan fon anda, cabut bateri..
2 – dalam folder Flashtool, run Flash_tool.exe..pilih download agent “MTK_AllInOne_DA.bin”
3 – then tekan scatter loading file, pilih MT6592_Android_scatter.txt yg berada dalam folder: A850+_S118_140226(utk S118) atau target_bin(utk S119)…
4 – pada tab atas, tekan pada Options dan klik Option…pada menu Download, pastikan tick pada DA DL All With Check Sum…
5 – pilih mode flash (di bawah scatter loading), klik pada Firmware Upgrade…dan tekan Download di atas (icon arrow hijau arah bawah) dan flashtool akan mula membaca file yg anda load…
6 – sambungkan fon anda yg tanpa bateri itu ke pc….flashtool akn menjalankan tugasnya…selepas keluar bulatan hijau, itu menandakan fon anda telah siap flash ke firmware yg anda download
7 – hav fun…
**1st lepas on, terus masuk Settings > Storage, dan tukar Default Write Disk kepada SD Card@External Storage utk kemudahan install terus ke sdcard..**