Ads

Monday, 14 August 2017

Kini Bersedia Huawei Nova 2 Plus




Huawei bakal melancarkan model Nova 2 Plus ke pasaran Malaysia bulan depan dengan keupayaan kamera depan beresolusi sehingga 20 megapiksel.
Ia bakal menggunakan pemprosesan HiSilicon Kirin 659 dengan saiz skrin 5.5 inci jenis 1080 x 1920 piksel.
Di samping itu, Nova 2 Plus bakal memiliki dwikamera di bahagian belakang beresolusi 12 dan 8 megapiksel lengkap pengesan fokus automatik dan flash LED.
INFO
HUAWEI NOVA 2 PLUS
• Harga: RM1,999
• Pemprosesan: HiSilicon Kirin 659
• Skrin: 5.5 inci HD penuh
• RAM: 4GB
• Storan: 128GB
• Kamera: 12MP, 8MP
• Kamera depan: 20MP
• Bateri: 3340mAh
• Ciri: USB-C.

Thursday, 10 August 2017

Terbaru.. Oppo R9s kini warna hijau

Andai sebelum ini Warna emas sudah,  ros, merah dan hitam pun sudah! Kini Oppo bawakan pula rona hijau bagi Oppo R9s yang menyerlahkan versatiliti dan keindahan alam sekitar dalam satu peranti.
Warna hijau R9s yang menggambarkan keyakinan dan gaya itu hadir dengan pemprosesan Snapdragon 625 octa core serta RAM 4GB.


Dikuasakan oleh storan dalaman 64GB, R9s ini direka dengan paparan AMOLED 5.5 inci dan resolusi HD penuh 1920 x 1080 untuk menawarkan kualiti paparan terbaik.
Peranti yang menyokong pengecasan pantas VOOC terbabit didatangkan dengan bateri berkapisiti 3,010mAh.
INFO
OPPO R9S (HIJAU)
• Harga: RM 1,798
• Tarikh dijual: Pertengahan Ogos
• Pemprosesan: Snapdragon 625 octa core
• RAM: 4GB
• Storan: 64GB
• Paparan: AMOLED
• Resolusi: 1920 x 1080
• Kamera: 16MP
• Bateri: 3010mAh
• Kenipisan: 6.58mm



Wednesday, 9 August 2017

Laptop untuk peminat game


 Berita baik Untuk peminat permainan, mungkin ini berita gembira untuk anda. Acer kini memperkenalkan dua komputer riba permainan baru iaitu Acer Predator Helios 300 dan Acer Nitro 5.
Model Predator terbaru ini direka dengan sistem dwikipas bersama ciri AeroBlade 3D Fan dan bilah kipas logam paling nipis di dunia untuk merangsang sistem terma dan mengekalkan suhu komputer riba pada tahap yang optimum.
Selain hadir dengan sistem operasi Windows 10, ia juga dicipta dengan pemprosesan Intel Core gen-7 dan dikuasakan oleh kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 6GB VRAM.
Komputer riba bernilai RM5,999 terbabit juga memiliki 8GB RAM.
Bagi yang mempunyai bajet yang lebih rendah pula, anda boleh mendapatkan Acer Nitro 5 pada harga hampir seperti komputer riba biasa.
Bernilai RM3,299 untuk pemprosesan Core i5-7300HQ, 1TB HDD dan kad grafik GTX1050.
Manakala komputer riba dengan pemprosesan Core i7-7700HQ, 128 SSD dan 1TB HDD serta kad grafik GTX1050Ti pula dijual pada harga RM4,699.
Acer Nitro 5 turut hadir dengan sistem penyejukan seperti Predator Helios 300 untuk memberikan lebih masa permainan kepada penggunanya.
INFO
ACER PREDATOR HELIOS 300
• Harga: RM5,999
• Pemprosesan: Intel Core gen-7
• OS: Windows 10
• Kad grafik: NVIDIA GeForce GTX 1060
• Skrin: 15.6”,17”
• Paparan: HD penuh
ACER NITRO 5
• Harga: RM3,299, RM4,699
• Pemprosesan: Core i5-7300HQ, Core i7-7700HQ
• Kad grafik: NVIDIA GeForce GTX1050, NVIDIA GeForce GTX1050Ti
• Skrin: 15.6”
• Paparan: HD penuh

Tuesday, 8 August 2017

Nubia Z17 gadjet dengan RAM 8GB




Jika anda mahu telefon pintar yang tidak ‘lag’ dan beroperasi pantas, mungkin Nubia Z17 gajet paling secocok yang mempunyai RAM sehingga 8GB bersama pemprosesan Qualcomm Snapdragon 835.
Lebih menarik, ia telefon pintar pertama yang mempunyai keupayaan sistem pengecas pantas jenis Qualcomm QuickCharge 4.0+ yang diperoleh dengan bateri berkapasiti 3200mAh.
Nubia Z17 mempunyai kamera dengan dua lensa yang beroperasi pada 23 megapiksel dan 12 megapiksel jenis f1.8 manakala kamera depan pula pada 16 megapiksel disokong format f2.0.
SPESIFIKASI:
NUBIA Z17
Skrin: 5.5 inci HD penuh
Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 835
RAM: 8GB
Kamera: 23MP, 12MP (f1.8)
Kamera depan: 16MP (f2.0)
Storan: 128GB
Dimensi: 152.6 x 72.4 x 7.6mm
Berat: 176g
OS: Android 7.1.1 Nougat

Sunday, 6 August 2017

Surface Pro membantu memudahkan kerja






Microsoft mengumumkan kesediaan tablet Surface Pro dan aksesori Surface Pro Signature Type Cover yang mula dijual untuk pasaran Malaysia.
Ia akan dijual pada harga bermula RM3,699 dan boleh didapati melalui stor Microsoft di seluruh negara, pengedar bertauliah dan laman e-dagang, Lazada.


Surface Pro mula diperkenalkan awal Mei lalu yang direka untuk pengguna bagi operasi perkomputeran mereka.
SPESIFIKASI:
MICROSOFT SURFACE PRO
Harga: Bermula RM3,699
Pemprosesan: Bermula Intel Core m3
RAM: Bermula 4GB
Grafik: Bermula Intel HD Graphics 615
Kenipisan: 8.5mm (tablet)
Berat: 767g
Aksesori: Surface Pro Type Cover (RM529), Surface Pro Signature Type Cover (RM669) Surface Pen (RM299), Microsoft Surface Arc Mouse (RM399)

Thursday, 3 August 2017

Kecangihan Huawei Watch 2

Jika mahu memiliki jam pintar, anda boleh mendapatkan model Huawei Watch 2 yang dipakejkan bersama pelan telekomunikasi Maxis Berhad (Maxis) sekali gus anda boleh mendapatkannya dengan telefon P10 dan Mate 9.
Dengan harga serendah RM78 sebulan, ia dimasukkan dalam pelan Zerolution manakala pengguna berupaya mendapatkan jam dilengkapi fungsi panggilan yang mempunyai slot kad eSIM serta jangka hayat bateri sehingga tujuh jam.
Huawei Watch 2 memiliki ciri IP68 yang kalis air dan debu dengan kadar storan dalaman sehingga 4GB.

X1 Lite Murah dan berbaloi

Mahukan telefon harga murah? Neffos yang bernaung di bawah TP-Link memperkenalkan model telefon pintar ketiganya tahun ini, X1 Lite yang dijual pada harga semurah RM499.
Dengan kenipisan 8.5 milimeter, ia menggunakan paparan 5.0 inci jenis 1280 x720 piksel untuk skrin depan yang turut dilengkapkan pemprosesan MTK MT6750 (4 x Cortex-A53 1.5GHz + 4 x Cortex-A53 1.0GHz).
Selain itu, ia mempunyai RAM sebanyak 2GB dengan storan dalaman 16GB boleh ditambah menggunakan slot kad microSD sehingga 128GB.
INFO
NEFFOS X1 LITE
• Harga: RM499
• Tarikh jualan: Awal Ogos
• Skrin: 5.0 inci HD penuh
• Pemprosesan: MediaTek MT6750 (4 x Cortex-A53 1.5GHz + 4 x Cortex-A53 1.0GHz)
• RAM: 2GB
• Kenipisan: 8.5 milimeter
• Kamera: 13MP, 5MP (depan)
• Bateri: 2550mAh
• OS: Android 7.0
• Warna pilihan: Kelabu atau emas


Wednesday, 2 August 2017

Platform iOS keluar Emoji baru

Bersempena Hari Emoji Sedunia pada 17 Julai lalu, Apple memperkenalkan pelbagai emoji baru pada platform iOS, macOS and watchOS.
Dengan ribuan emoji yang terdapat pada iPhone, iPad, Apple Watch dan Mac, pengenalan itu pastinya dapat menambahkan cara pengguna menyampaikan mesej melalui emoji dengan lebih menarik.
Antara emoji baru adalah Wanita Bertudung, Lelaki Berjambang dan Ibu Menyusukan Anak.
Manakala penambahan bagi kategori makanan pula seperti sandwich dan kelapa.
Selain itu, lebih banyak haiwan dan makhluk mitos ditampilkan merangkumi T-Rex, Zebra, Zombie dan Elf sebagai cara yang menyeronokkan untuk menggambarkan keadaan.
Emoji Star-Struck dan Exploding Head pula mampu membuat setiap pengguna lebih teruja untuk menghantar mesej dan perbualan. -sumber

HTC U11 Merah Terbaik


HTC menampilkan warna baru bagi telefon pintar ‘flagship’ mereka, U11 selepas melancarkan warna biru, perak dan hitam bulan lalu.
Warna keempat iaitu merah yang diperkenalkan masih mempunyai spesifikasi sama dengan model sebelum ini termasuk HTC Edge Sense apabila pengguna hanya perlu ‘squeeze’ peranti untuk melakukan perkara berkaitan seperti merakam gambar, audio, membuka laman Faecbook mahupun aplikasi kegemaran.
INFO
HTC U11 (MERAH)
• HARGA: RM3099
• Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 835, 64 bit octa-core, sehingga 2.45 Ghz
• OS: Android 7.1 dengan HTC Sense
• RAM: 6GB
• Storan: 128GB (sokongan microSD sehingga 2TB)
• Kamera: 12MP f/1.7, 16MP f/2.0 (depan)
• Bateri: 3000mAh

Sunday, 15 January 2017

2017 Semua Makin canggih






Sekali lagi inovasi produk yang bakal dihidangkan pada 2017 menjadi tumpuan pelbagai syarikat dari seluruh dunia pada pameran dianjurkan Persatuan Elektronik Pengguna (CEA) selama empat hari bermula 5 hingga 8 Januari lalu.
Bersempena Pameran Pengguna Elektronik (CES) 2017, I bawakan beberapa gajet canggih yang dipertontonkan.
1. PROTHESIS
• Sut robotik seakan-akan labah-labah diperkenalkan Furrion Robotics.
2. SWAGTRON
‘• Hoverboard’ terbaru dari Swagtron menemui pengguna dan ia mengekalkan tahap relevan peranti itu sekarang.
3. BATTERYBELT
• Tali pinggang yang dilengkapi slot pengecas telefon pintar dipertontonkan ketika pameran CES 2017.
4. SMART PREGNANCY TRACKER
• Produk yang dihasilkan Bloomlife mengesan dan mengira jumlah kontraksi wanita sebelum melahir­kan anak yang boleh digunakan di rumah.
5. CASIO PRO-TREK WSD-F20
• Jam tangan baru Casio yang akan dipasarkan pada April nanti dipertontonkan dengan ciri paparan berwarna dan tahan lasak.
6. REYEDER
• Reyeder Heads-Up khas untuk penunggang motosikal yang dipasang pada topi keledar untuk mengesan laluan depan lebih awal.
7. JYRO ROLL
• Papan luncur dengan satu tayar diperkenal berharga hampir RM6,000.
8. DRON ROBOTIK
• Dron robotik yang bertindak seperti kapal selam juga dipertontonkan hasil ciptaan Robotix
9. KODAK SUPER 8
• Video kamera terbaharu yang masih belum ada di pasaran iaitu Kodak Super 8 menampakkan gaya klasik meskipun ia masih di peringkat prototaip.
10. POLAROID CUBE
• Kamera aksi Polaroid Cube mampu merakam video pada fungsi HD dengan rekaan kompak dan comel.
11. HOUSE OF MARLEY
• Fon telinga yang dinamakan Positive Vibration Wireless dihasilkan jenama House of Marley beroperasi tanpa wayar dengan kaedah bluetooth.
12. AUTEL ROBOTICS X-STAR
• Dron ini terbang bersama modul Flir Duo yang mempunyai dwisensor thermal dan pencahayaan khas.

Mate 9 memang mengasyikkan




Sebelum ini, Huawei P9 benar-benar memberi kesan kepada penggunaan telefon pintar apabila kerjasama dengan syarikat pengimejan, Leica membantu menyegarkan fotografi melalui telefon pintar.
Sebab itu, model kedua hasil kerjasama erat Huawei dan Leica melalui Mate 9 memberi nafas lega kepada penggemar fotografi mudah alih dan penguji bersetuju ia menawarkan hasil memberangsangkan untuk kepuasan diri.
Generasi kedua Leica dwi sensor 12MP RGB+20MP monokrom memang mengasyikkan terutama anda mahu mendapatkan gambar monokrom yang detail.
Kali ini, ia mempunyai penstabil imej optikal dan fokus auto hibrid yang banyak membantu dalam fotografi.
Mate 9 datang dengan skrin 5.9 inci bersama warna gamut sehingga 96 peratus selain nisbah kontras melangkau 1500:1.
Bermakna, skrin telefon memang cantik dan ia paparan pada skrin nampak hidup malah saiznya menyaksikan lebih skrin pada bezel seolah-olah ia telefon tanpa sempadan.
Dengan saiz yang hampir sama dengan iPhone, Huawei Mate 9 menawarkan skrin 5.9 inci berbanding iPhone 7 Plus iaitu 5.5 inci.
Setakat ini, Huawei menawarkan warna coklat dan emas untuk pasaran Malaysia namun kalau mahukan kelainan, pilih warna coklat.
Bersama RAM 4GB dan storan 64GB, ia sudah cukup mengoperasikan telefon ini walaupun mungkin saiz fail dalam telefon agak besar.
Mate 9 menggunakan set cip Kirin 960 paling berkuasa (4 Cortex A73 2.4GHz + 4 Cortex A53 1.8GHz) yang bermakna tahap keupayaan telefon ini beroperasi tidak akan menghampakan.
Penguji yang menggunakan telefon ini sudah lebih sebulan masih merasakan ia laju seperti awal penggunaannya meskipun sudah banyak aplikasi dan gambar dimuatkan.
Dalam bacaan Geekbench untuk CPU SoC, Kirin 960 mencatatkan markah 6390 berbanding model lama Kirin 950 (5416), Exynos 8890 (5348) dan Snapdragon 821 (4452).
Membuka aplikasi seperti WhatsApp, YouTube, Facebook, Instagram dan kamera juga pantas.
Telefon ini juga menggunakan data Cat12 4G LTE berkelajuan hingga 600Mbps yang bermakna ia membantu memperoleh rangkaian mudah alih pantas.
Kata Huawei, telefon masih laju meskipun sudah 18 bulan digunakan tapi takkan reviu mahu dikeluarkan selepas tempoh terbabitkan?
Mate 9 mampu bertahan sehari setengah dengan bateri berkapasiti 4000mAh. Ia menggunakan kaedah super cas (3.5-5V/5A) dan mampu mengecas 58 peratus dalam masa 30 minit.
INFO
HUAWEI MATE 9
• PENGELUAR: Huawei
• PENGEDAR: Huawei
• CIRI: Telefon dengan Leica
• PRO: Kamera cantik, laju
• KONTRA: Bateri patut tahan lebih lama

Saturday, 7 January 2017

Samsung Galaxy A (2017) siri baru


Samsung bakal memperkenalkan siri baru Galaxy A (2017)  yang menampilkan kelainan berbanding model sama tahun lalu apabila ia lengkap ciri IP68 bermakna telefon anda bakal kalis air dan debu.
Selain itu, Galaxy A (2017) mempunyai keupayaan merakam pada pencahayaan rendah dengan ciri swafoto (selfie) lebih terperinci terutama pada waktu malam.
Samsung juga memperkemas kualiti video yang membolehkan individu berminat melakukan penampilan khas dalam Facebook menjadi lebih cantik.

Kamera depan juga hebat untuk berswafoto kerana ia turut didatangkan dengan lampu flash dan cas pantas.
Samsung turut menampilkan dua selebriti, Amyra Rosli dan Iedil Putra sebagai duta model terbabit
Galaxy A7 dijual pada harga RM1,899 manakala Galaxy A5 berharga RM1,699.
Pra tempahan yang dibuat esok hingga 15 Januari akan disertakan fon telinga Level U Pro bernilai RM399.
INFO
SAMSUNG GALAXY A (2017)
• MODEL: A5 dan A7
• HARGA: RM1,699 / RM1,899
• CIRI: Kalis air dan debu IP68
• PERCUMA: Fon kepala Samsung Level U Pro (RM399)
• TARIKH TEMPAHAN: 6 Januari (10 pagi) hingga 15 Januari

Friday, 6 January 2017

Samsung Gear S3 Jam yang cukup pintar






Kehadiran telefon pintar sudah dianggap sebagai satu pelengkap kepada kehidupan seseorang sehinggakan kadangkala sukar untuk berpisah walaupun sekejap. Ini disebabkan pelbagai aplikasi dipadankan dan ini tidak termasuk mesej yang tidak henti-henti memasuki peti WhatsApp mahupun laman sosial Facebook dan sebagainya.
Bagaimanapun, dengan kehadiran jam pintar terbaru Samsung Galaxy Gear S3, kaedah untuk membaca mesej kini berubah apabila anda boleh membalas mesej mahupun membuat panggilan telefon dengan mudah tanpa membuka skrin telefon pintar anda.
Apa yang menariknya, anda boleh membaca mesej dengan jelas ketika menonton wayang tanpa mengganggu rakan atau penonton di sebelah kerana apabila membuka telefon, ia mungkin menimbulkan ketidakselesaan akibat pancaran cahaya paparan skrin.
Cuma adakalanya tidak semua mesej atau e-mel boleh dibaca misalnya mesej mengandungi foto atau gambar yang memerlukan anda membuka skrin telefon.
Selain itu, jika membuat panggilan telefon ketika sedang memandu juga cukup jelas mendengar suara pemanggil menerusi pembesar suara kecil yang terletak di sebelah kiri jam. Anda hanya perlu meletakkan nombor kegemaran di paparan skrin jam bagi memudahkan panggilan dibuat.
Pengenalan jam pintar Samsung Gear S3 yang tampil dalam dua varian iaitu Gear S3 Frontier dan Classic menggunakan sistem operasi Tizen 2.3.1 ini dianggap jam tangan terbaik pernah dihasilkan Samsung selepas memperkenalkan Gear S2 sebelum ini yang tidak menyokong panggilan telefon secara terus.
Sebanyak 15 muka jam disertakan pertama kali peranti dihidupkan. Rekaan yang diberikan adalah terdiri daripada rekaan seakan jam analog klasik dan juga rekaan digital moden. Lebih banyak muka jam boleh dimuat turun menggunakan aplikasi Samsung Gear.
Beberapa muka jam yang disertakan mempunyai pilihan untuk mengubah tetapan warna, reka huruf dan paparan tarikh.
Masih mengekalkan ciri bezel boleh putar untuk kawalan menu jam, skrinnya dilengkapi paparan 1.3 inci Super AMOLED dan dilindungi kaca Corning Gorilla Glass SR+ yang direka khas untuk peranti boleh pakai lebih tahan lasak serta tahan calar. Kelebihan bezel berputar seperti roda ini ialah memudahkan anda mengakses aplikasi, menu dan juga melihat notifikasi pada peranti.
Bagaimanapun, jika malas mahu menggunakan bezel, leretkan sahaja jari anda mengikut pelbagai arah dikehendaki sebagaimana ciri pada telefon pintar.
Apa yang menarik mengenai peranti ini ialah, ia turut mempunyai ketahanan kalis air IP68 dengan tahap kedalaman sehingga 1.5 meter untuk tempoh sehingga 30 minit. Jadi ia cukup sesuai untuk dipakai ketika menunggang basikal ketika dalam hujan ataupun berenang dalam tasik.
Pada bahagian kanan Gear S3 terdapat dua butang fizikal. Butang pertama di bahagian bawah adalah butang home yang mengembalikan anda kepada paparan jam dari mana-mana skrin manakala butang kedua berfungsi sebagai butang back untuk mengembalikan anda kepada menu sebelumnya.
Penukaran muka jam, tetapan notifikasi dan fungsi mencari Gear S3 ialah antara tetapan yang diberikan. Penguji mendapati majoriti notifikasi untuk aplikasi popular seperti Twitter, Facebook, WhatsApp dan GMail disokong.
Kesemua notifikasi pada jam boleh dibaca dengan memusingkan bezel atau meleretkan dengan jari ke kiri atau kanan. Talaan dari atas ke bawah pula akan memperlihatkan status bateri, sambungan Bluetooth, tetapan keterangan skrin dan juga tahap bunyi Gear S3. Skrin akan terpasang secara automatik apabila pergelangan tangan diputarkan dengan pantas tetapi akan terpadam dengan sendiri selepas beberapa saat atau dengan menutupnya dengan telapak tangan.
Apabila notifikasi diterima pada telefon pintar, ia terus muncul pada Gear S3 kurang sesaat selepas itu. Jadi dari pengalaman penggunaan setakat ini, penulis tidak lagi menemui sebarang masalah.
Samsung Gear S3 ialah jam tangan pintar yang cukup pintar dan berfungsi dengan cukup baik tanpa sebarang masalah. Antaramuka peranti amat mudah digunakan dan dipelajari tanpa memerlukan membaca manual.
Kepada yang mahu mengesan tahap kesihatan, Gear S3 dengan mudah mengesan nadi anda sepanjang hari. Sekiranya anda malas bersenam, jam tangan pintar ini akan sentiasa mengingatkan anda untuk bersenam.
Paling menakjubkan ialah hayat bateri yang mampu bertahan hampir empat hari. Pada penggunaan paling berat dengan kesemua notifikasi dipaparkan penulis mampu menggunakannya selama 48 jam. Pada penggunaan paling ringan pula hampir empat hari. Sistem pengecasan pantas magnetik yang digunakan juga kompak.
Jika anda dalam kecemasan, hanya perlu menekan butang Home sebanyak tiga kali, mesej SOS akan dihantar kepada penerima yang lengkap dengan lokasi. Pengguna juga boleh mengakses kepada lebih 11,000 aplikasi dalam aplikasi Gear termasuk kesihatan, muzik, berita, sukan, permainan dan pengembaraan.
INFO
SAMSUNG GEAR S3
• SAMBUNGAN: WiFi, Bluetooth, NFC
• SOKONGAN: Ciri Samsung Pay, GPS, sensor altimeter, barometer, speedometer
• PEMPROSESAN: 1.0GHz dua teras
• RAM: 768MB
• STORAN: 4GB
• KETAHANAN BATERI: 4 hari
• HARGA: RM1,399

Ufeel Go dengan Paparan skrin menakjubkan

Dengan rangka badan logam, paparan 2.5D ergonomik melengkung, Wiko Ufeel Go mempamerkan peranti dengan reka bentuk moden dan lebih bergaya untuk memberikan anda keseronokan menggunakannya.
Bersama teknologi Lamination penuh dan resolusi 1280 x 720, Ufeel Go mempunyai skrin lima inci dengan paparan yang jelas dan terang untuk memberikan pengalaman tontonan skrin menakjubkan kepada penggunanya. Peranti ini turut hadir dengan fungsi pengimbas cap jari yang mampu membuka peranti dalam tempoh hanya 0.48 saat.
INFO
WIKO UFEEL GO
• HARGA: RM599
• PEMPROSESAN: Quad-Core 1.3GHz, Cortex-A53
• OS: Android 6.0 (Marshmallow)
• RAM: 2GB
• STORAN: 16GB (sokongan kad microSD sehingga 64GB)
• BERAT: 172g
• KAD SIM: Dwi kad sim
• BATERI: 4,000 mAh
• WARNA: Emas dan kelabu


Wednesday, 4 January 2017

Samsung akan umumkan Keputusan siasatan Note 7 bulan ini


SEOUL: Samsung Electronics Co Ltd bulan ini akan mengumumkan keputusan siasatan terhadap punca kebakaran beberapa telefon pintar Galaxy Note 7, menurut akhbar JoongAng Ilbo, hari ini yang memetik sumber tidak dinamakan.
Oktober lalu, syarikat Korea Selatan itu berkata, semua aspek telefon pintar itu akan disiasat dan mencadangkan kejadian itu berpunca daripada gabungan beberapa faktor.
Kejadian Galaxy Note 7 terbakar itu antara kegagalan keselamatan produk yang paling mahal dalam sejarah teknologi.
Samsung turut memberi amaran kejadian ini akan menjejaskan keuntungan operasi sehingga AS$5.1 bilion (RM22.9 bilion) bagi tiga suku berikutan keputusan menghentikan jualan Galaxy Note 7, Oktober lalu.
Pelabur dan penganalisis berkata, ia kritikal bagi Samsung untuk mengenal pasti punca kebakara telefon pintar itu bagi membina semula keyakinan pengguna dan mengelak kesilapan sama diulangi.
Sementara itu, jurucakap Samsung Electronics enggan mengulas mengenai pengumuman itu.