Ads

Showing posts with label teknologi. Show all posts
Showing posts with label teknologi. Show all posts

Tuesday, 22 August 2017

Kaedah Tangani buli siber


Negara ini mempunyai lebih 20.1 juta pengguna Internet yang 16.8 juta daripadanya aktif dalam media sosial.
Dengan peningkatan penggunaan Internet di Malaysia, risiko salah guna medium terbabit termasuk buli siber sudah menjadi seakan-akan sebati.
Selepas berjaya melancarkan program Digi CyberSAFE di peringkat sekolah, syarikat telekomunikasi terkemuka, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) memperluaskannya ke peringkat lebih tinggi dengan sasaran pengguna Internet berusia 18 hingga 20 tahun.
Pengurus Program Digi CyberSAFE, Philip Ling berkata tiba masa memperluaskan program ke peringkat tinggi memandangkan maklum balas diterima sebelum ini yang menunjukkan kanak-kanak mangsa buli siber lebih terbuka berkongsi masalah dengan abang atau kakak.
“Golongan inilah yang berumur 18 hingga 20 tahun namun hasil kajian kami menunjukkan 31 peratus (berdasarkan kajian program Be Smart, Use Heart) tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila dibuli,” katanya.
Menurut Ling, jika golongan terbabit tidak mengetahui kaedah untuk berdepan budaya buli, sukar untuk mereka memberi nasihat kepada adik yang memerlukan bantuan mereka.
“Dalam kajian sebelum ini, adik bergantung harap kepada abang atau kakak namun jika mereka pun tidak tahu apa yang perlu dilakukan, ia boleh merumitkan keadaan,” katanya.
Kajian baru Digi terbabit menunjukkan 90 peratus daripada 96 responden setuju mereka berisiko untuk buli siber.
“86 peratus tahu risiko gangguan ‘online’ secara seksual dan 40 peratus pula tidak mengetahui bagaimana melindungi diri sendiri apabila berdepan masalah terbabit,” katanya.
Selain itu, 79 peratus pernah menerima bahasa yang kurang enak di online dan 51 peratus pula merasakan pernah menjadi mangsa buli siber.
“Sejumlah 65 peratus mengakui menerima mesej nakal ketika bermain game pelbagai pemain dan 25 peratus pula menjadi mangsa gangguan seksual di media sosial.
“Manakala 38 peratus cuba menyelesaikan sendiri masalah buli siber namun menyedihkan apabila lebih separuh hanya berharap buli terbabit akan berhenti sendiri berbanding mendapatkan nasihat orang lebih dewasa,” kata Ling.
Nasihatnya, berbanding memendam masalah sendirian hingga menjejaskan rutin di rumah dan sekolah, golongan ini perlu memilih untuk berkongsi kesedihan bersama ibu bapa atau orang dewasa malah mengambil langkah bijak dengan membuat laporan polis demi melindungi diri.
Tegasnya, ibu bapa tidak seharusnya menyekat penggunaan Internet, sebaliknya bertanggungjawab memberikan kesedaran bahawa kemudahan berkenaan boleh diguna demi perkara yang membina kapasiti diri, bukan sekadar sosial.
Menurut Philip, ibu bapa perlu berbincang secara terbuka bersama anak mengenai penggunaan dan penyalahgunaan Internet.
“Pastinya ibu bapa harus mempersiapkan diri dengan ilmu untuk mendidik anak-anak.
“Perkembangan dunia teknologi terlalu pantas. Hampir setiap hari wujud kandungan sosial terbaru dan pelbagai fungsi, malah remaja antara individu terawal menguasai aplikasi berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, ibu bapa pasti terkejar-kejar mengikuti perubahan itu, tatkala ibu bapa berjaya menguasai aplikasi berkenaan, remaja pula sudah bertukar ke aplikasi berbeza.
Sementara itu, Naib Presiden Kanan Bahagian Outreach & Pembangunan Kapasiti CyberSecurity Malaysia (CSM) Lt Kol (B) Mustaffa Ahmad, berkata ibu bapa perlu menggunakan bahasa mudah dan memulakan perbualan santai, antara langkah awal perlu dilakukan ketika berdepan buli siber di kalangan remaja.
”Jika lebih santai, ia membolehkan kedua-dua pihak berkongsi pengetahuan, memudahkan perbincangan untuk berbicara mengenai faedah dan risiko penyalahgunaan Internet.
“Jadi, tindakan ini membuatkan anak lebih selesa untuk berkongsi pengalaman dan mengetahui ibu bapa sentiasa di sisi untuk membantu,” jelasnya.
Beliau juga setuju, ibu bapa dan anak perlu memiliki pengetahuan siber terutama aspek keselamatan serta privasi.
“Pendekatan berbincang secara terbuka antara dapat mengurangkan risiko bahaya remaja dalam penggunaan aplikasi online.
“Ibu bapa perlu mengenal pasti risiko setiap aplikasi yang diguna dan penggunaan Internet di tempat terbuka dalam pemantauan keluarga, antara langkah boleh dipraktikkan kepada anak,” katanya.
Anda atau ibu bapa perlu membangkitkan atau bertanya soalan berikut bagi melihat sejauh mana buli siber ini berleluasa:
1. Pernahkah kamu berbalah atau meletakkan entri yang menyinggung di Instagram, Facebook, Twitter atau laman media sosial kamu? Mengapa?
2. Pernahkah kamu memadam sesuatu pos atau komen yang ditulis oleh orang lain di laman kamu?
3. Adakah buli siber kerap berlaku? Adakah kamu rasa selesa jika dapat memberitahu kamu
dibuli di alam siber?
4. Adakah kamu rasa sekolah kamu memandang serius buli siber?
5. Pernahkah kamu terpaksa menghubungi guru atau orang lain di sekolah disebabkan ancaman siber? Jika pernah, adakah mereka bertindak dan adakah ia membantu?
6. Adakah sekolah kamu mempunyai cara untuk merahsiakan pelapor buli dan buli siber?
7. Bagaimana kamu menjaga keselamatan diri ketika online?
8. Adakah kamu risau orang membaca tulisan seseorang yang tidak benar mengenai kamu dalam talian tetapi menganggapnya benar?
9. Pernahkah kamu berbual dengan sesiapa secara online yang bukan dari sekolah kamu?
10. Adakah kamu rasa teman akan menyokong kamu jika kamu beritahu dibuli di alam siber?
11. Pernahkah kamu dikritik ketika bermain secara online?
12. Pernahkan kamu terpaksa meninggalkan permainan online kerana seseorang mengganggu (ketika berinternet)?
13. Pernahkah khabar angin mengenai kamu tersebar di sekolah kerana sesuatu yang dikatakan secara online?
14. Dapatkah kamu ketahui siapa yang memulakan khabar angin itu? Apa tindakan kamu selepas mengetahuinya?
15. Pernahkah kamu menyekat sesiapa di online kerana rasa terganggu? Jika pernah, dapatkah ia menghentikannya?

Sunday, 15 January 2017

2017 Semua Makin canggih






Sekali lagi inovasi produk yang bakal dihidangkan pada 2017 menjadi tumpuan pelbagai syarikat dari seluruh dunia pada pameran dianjurkan Persatuan Elektronik Pengguna (CEA) selama empat hari bermula 5 hingga 8 Januari lalu.
Bersempena Pameran Pengguna Elektronik (CES) 2017, I bawakan beberapa gajet canggih yang dipertontonkan.
1. PROTHESIS
• Sut robotik seakan-akan labah-labah diperkenalkan Furrion Robotics.
2. SWAGTRON
‘• Hoverboard’ terbaru dari Swagtron menemui pengguna dan ia mengekalkan tahap relevan peranti itu sekarang.
3. BATTERYBELT
• Tali pinggang yang dilengkapi slot pengecas telefon pintar dipertontonkan ketika pameran CES 2017.
4. SMART PREGNANCY TRACKER
• Produk yang dihasilkan Bloomlife mengesan dan mengira jumlah kontraksi wanita sebelum melahir­kan anak yang boleh digunakan di rumah.
5. CASIO PRO-TREK WSD-F20
• Jam tangan baru Casio yang akan dipasarkan pada April nanti dipertontonkan dengan ciri paparan berwarna dan tahan lasak.
6. REYEDER
• Reyeder Heads-Up khas untuk penunggang motosikal yang dipasang pada topi keledar untuk mengesan laluan depan lebih awal.
7. JYRO ROLL
• Papan luncur dengan satu tayar diperkenal berharga hampir RM6,000.
8. DRON ROBOTIK
• Dron robotik yang bertindak seperti kapal selam juga dipertontonkan hasil ciptaan Robotix
9. KODAK SUPER 8
• Video kamera terbaharu yang masih belum ada di pasaran iaitu Kodak Super 8 menampakkan gaya klasik meskipun ia masih di peringkat prototaip.
10. POLAROID CUBE
• Kamera aksi Polaroid Cube mampu merakam video pada fungsi HD dengan rekaan kompak dan comel.
11. HOUSE OF MARLEY
• Fon telinga yang dinamakan Positive Vibration Wireless dihasilkan jenama House of Marley beroperasi tanpa wayar dengan kaedah bluetooth.
12. AUTEL ROBOTICS X-STAR
• Dron ini terbang bersama modul Flir Duo yang mempunyai dwisensor thermal dan pencahayaan khas.

Friday, 30 December 2016

Senarai 10 trend teknologi pada 2016


Kurang beberapa hari lagi 2016 meninggalkan kita. Bagi dunia teknologi, ia masih bergerak pantas dengan pelbagai pengumuman sepanjang tahun ini yang meninggalkan kesan secara langsung atau tidak langsung kepada diri masing-masing.
Ia menunjukkan betapa pentingnya teknologi dalam kehidupan seharian dan ia tidak akan berhenti pada tahun ini saja.
Jika pengguna berasakan pelbagai trend teknologi berlaku pada 2016, siap sedia untuk tahun depan yang lebih gempak dan komplikated pada peringkat permulaan, namun ia akan memudahkan kehidupan pada masa depan.
Senarai 10 trend teknologi pada 2016 ini termasuk:
1. Note 7
Semuanya berlaku selepas kira-kira tiga dozen telefon itu yang dikeluarkan selepas hanya tiga minggu, berhadapan isu bateri terbakar atau meletup.
Note 7 sepatutnya memberi persaingan kepada iPhone baru keluaran Apple namun kelebihan itu lupus dan ia membuka peluang kepada syarikat lain untuk memperkenalkan produk mereka terutama ‘flagship’.
Ia menjadi parah apabila kebanyakan syarikat penerbangan melarang penggunaan peranti terbabit dalam pesawat masing-masing sehinggakan harga saham Samsung Electronics Co jatuh ke paras terendah hampir empat tahun.
2. Pokemon Go
Selepas dilancarkan pada 6 Julai 2016, ia memperoleh 75 juta pindah turun dalam tempoh tiga minggu pertama selain hanya mengambil masa lima hari untuk menjadi permainan paling popular di Android.
Ia menjadi popular sehingga Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri membuat kenyataan tidak membenarkan bermain karakter Pokemon dan aplikasi permainan Pokemon Go atas faktor ‘maslahah’ dan kemudaratan.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan malah beberapa pemandu juga disaman kerana menggunakan telefon bermain Pokemon Go sambil memandu.
3. Silibus pengekodan buat pertama kali diumumkan
Silibus pengekodan dan sains komputer di sekolah mula diperkenalkan di sekolah secara rasmi tahun depan selepas kejayaan program perintisnya yang diterajui Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Kementerian Pendidikan sejak tahun lalu.
Inisiatif terbabit diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Datuk Yasmin Mahmood yang memaklumkan program pengekodan terbabit akan dilancarkan kepada murid tahun tiga ke atas sebagai satu daripada pelan pendidikan Malaysia jangka panjang.
Bajet 2017 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga memberi penekanan sama kepada hal berkenaan.
4. Internet untuk segalanya (IoT)
Dengan pertumbuhan peranti boleh pakai dan peranti
pintar lain, IoT dan peranti yang bersambung akan membentangkan cabaran baru untuk rangkaian mudah alih apabila kelajuan pemindahan data tidak akan menjadi satu-satunya kriteria.
Keupayaan prasarana komunikasi tanpa wayar untuk menyokong jumlah ini yang dijangka mencecah sehingga 50 bilion peranti menjelang 2020.
Lihat saja pada bandar pintar, sistem kejuruteraan sosial dan banyak lagi membabitkan penggunaan Internet serta gajet dalam kehidupan seharian.
5. Kenderaan tanpa pemandu
Tesla Motors memperkenalkan model Tesla S menyertai Google dan pesaingnya dalam industri pembuat kereta lumba untuk melancarkan kereta pandu sendiri ke pasaran.
Kereta tanpa pemandu yang akan dikeluarkan syarikat berpangkalan di California itu membolehkan pemandu menyerahkan 90 peratus daripada kawalan kereta kepada sistem komputer kenderaan.
6. Facebook dan VR
Pengasas Facebook dan Ketua Eksekutif Mark Zuckerberg membuat penampilan khas ketika Persidangan Mudah Alih Sedunia (MWC) 2016 yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol untuk mengumumkan kerjasama dengan Samsung mempromosikan penggunaan VR dalam laman sosialnya.
Permulaannya, kini anda boleh melihat sokongan video dalam bentuk 360 darjah dan sudah pasti ciri terbabit menjadi trend pada tahun depan.
7. Dron
Sudah pasti, ia antara Karma vs Mavic Pro. Mavic Pro dilancarkan di Amerika Syarikat dengan berat hanya 743 gram iaitu 83 peratus lebih kecil berbanding model Phantom 4 sebelum ini.
Dron ini mampu beroperasi sehingga 27 minit dan mencapai kelajuan 64 kilometer sejam dengan beberapa sensor baru juga dimuatkan.
GoPro memperkenalkan dron pertama dengan Karma memiliki rekaan yang kompak.
Beg khas yang hadir bersama dron ini seakan-akan beg sekolah biasa yang berisi span penyerap hentakan.
8. Instagram Stories
Popular digunakan bagi Snapchat, Instagram juga memperkenalkan fungsi terbaharu dalam aplikasinya yang dipanggil Instagram Stories.
Fungsi baru di IG ini kerana bukan saja boleh memuat naik gambar, tetapi juga video yang boleh disunting dan diletakkan kesan khas.
Apabila sudah ambil gambar atau video, anda boleh buat kesan khas seperti contengan di atas gambar atau video serta menambah perkataan di atasnya dan ia akan hilang dalam masa 24 jam.
9. Kandungan 360
Selepas produk Ricoh menjadi popular, Samsung membawa masuk kamera Gear 360 yang memungkinkan rakaman imej pada 360 darjah dengan dua lensa jenis ‘fisheye’ di depan dan belakang yang kedua-duanya beresolusi sehingga 30 megapiksel.
Ia dipasangkan dengan aplikasi khas yang memproses imej dan boleh dipindah turun ke YouTube, Facebook atau Google Street View.
Sudah pasti, ia memperluaskan aktiviti pengguna dengan kandungan lebih mewah dan memperlihatkan banyak kreativiti di kalangan mereka.
10. Uber dan Grab
Perbalahan antara pemandu teksi dan aplikasi perkongsian kenderaan, Uber dan Grab masih berlaku tetapi ia antara ciri yang merubah cara pengguna bergerak di bandar serta mengelak kesesakan lalu lintas.
Pada masa sama, ia menjadi sistem pengangkutan baru dan turut memberi peluang kepada orang ramai untuk menambah sumber pendapatan.