Ads

Saturday 30 September 2017

Meizu Terbaru Model Pro 7 Dan Pro 7 Plus



Meizu kini melancarkan produk terbaru mereka, PRO 7 dan PRO 7 Plus dengan fungsi dwiskrin ke pasaran Malaysia.

Meizu PRO 7 hadir dengan dua saiz berbeza, model standard dengan skrin Super AMOLED 5.2-inci 1080p dan PRO 7 Plus pula direka dengan skrin Super AMOLED 5.7-inci Quad HD.

Skrin kedua di bahagian belakang ini memberikan nafas baru kepada pengguna dalam menjalin komunikasi selain terdapat fungsi pemain muzik untuk membolehkan anda menghayati muzik kegemaran tanpa gangguan.

Dengan reka bentuk khusus dipanggil Omni Dimensional, kedua-dua versi PRO 7 mempunyai kamera depan 16MP f/2.0 selain kamera utama dengan sensor dwikamera yang menggunakan Sony IMX386 pada 24MP f/2.0.

Sistem dwi-kamera ini memberikan PRO 7 kebolehan untuk merakam gambar pada waktu malam dengan lebih baik dan lebih terperinci.

Manakala mod kabur pula membolehkan anda merakam gambar dengan impak fotografi seakan-akan DSLR.

Bagi aspek lain pula, PRO 7 dicipta dengan pemprosesan Helio P25 yang berprestasi tinggi dan jimat tenaga, manakala PRO 7 Plus menggunakan pemprosesan Helio X30 dengan kuasa lebih canggih.

Ia mempunyai prestasi yang lebih tinggi dan pada masa sama tidak menggunakan tenaga yang banyak. Tidak kira untuk panggilan mahupun permainan, PRO 7 Plus tidak akan menghampakan anda.

Untuk storan, PRO 7 hadir dengan kombinasi RAM 4GB dan storan dalaman 64GB, manakala PRO 7 Plus pula dengan RAM 6GB dan pilihan 64GB mahupun 128GB untuk storan dalaman serta masing-masing mempunyai kapasiti bateri 3000mAh dan 3500mAh.

SPESIFIKASI:

MEIZU PRO 7

Harga: RM 1,899
Pemprosesan: Helio P25
RAM: 4GB
Storan: 64GB
Kamera: 16MP, f/2.0 & 12 MP + 12 MP, f/2.0 (belakang)
Bateri: 3000 mAh
Warna: Merah/emas/hitam

MEIZU PRO 7 PLUS

Harga: RM 2,799
Pemprosesan: Helio X30
RAM: 6GB
Storan: 64GB & 128GB
Kamera: 16MP, f/2.0 & 12 MP + 12 MP, f/2.0 (belakang)
Bateri: 3500 mAh
Warna: Merah/emas/hitam


Sumber

Thursday 28 September 2017

Xiaomi Mi A1 Di Bawah Android One



Xiaomi menjual model telefon Mi A1 hasil kerjasama dengan Google yang juga peranti pertama beroperasi di bawah program Android One di Malaysia.

Android One adalah program tawaran sistem operasi harga patut Google kepada pengeluar telefon di seluruh dunia.

Mi A1 dilancarkan di India semalam dengan spesifikasi pemprosesan Qualcomm Snapdragon 625, bateri 3080mAh dan RAM sebanyak 4GB dibantu storan dalaman 64GB.

Telefon yang akan dijual di Malaysia secara ‘online’ dan kedai rasmi terbabit mempunyai dwikamera 12 megapiksel yang ditawarkan pada skrin 5.5 inci.

SPESIFIKASI:

XIAOMI MI A1

Harga: RM1,099
Skrin: 5.5 inci HD penuh
Rekaan: Kerangka aluminium penuh
Kamera: Dwilensa 12MP+12MP (sudut lebar+telefoto)
RAM: 4GB
Storan: 64GB, slot kad microSD
Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 625 octa core
Bateri: 3080mAh
Slot kad SIM: 2
Kenipisan: 7.3mm
Berat: 165g
Warna: Hitam/emas ros/emas


Friday 22 September 2017

TERKINI: Iphone 8 & Iphone 8 Plus Di Pasaran


Apple secara rasmi memperkenalkan iPhone 8 dan 8 Plus yang boleh didapati melalui warna perak (silver), kelabu (space grey) dan emas ros (rose gold).

Dwi kamera baru beresolusi 12 megapiksel dengan fungsi fokus auto pantas ketika pencahayaan rendah, pemprosesan piksel lebih baik dan buat pertama kali, pengurangan 'multiband noise' pada perkakasan.

Ciri kamera baru, Portrait Photo Lighting diperkenalkan membolehkan anda memilih sendiri kesan pencahayaan yang mahu digunakan untuk foto dan ia bukannya 'filter'.

Pembesar suara iPhone 8 juga 25 peratus lebih kuat berbanding iPhone 7.

Ia juga mempunyai keupayaan rakaman video 4K pada 60fps serta 1080p pada 240fps.

Cip A11 baru dalam iPhone 8 hebat bersama keupayaan teknologi kecerdasan buatan (AR) yang menjadi penggerak masa depan.

iPhone 8 bermula pada harga anggaran RM3,099 manakala iPhone 8 Plus pula bermula pada harga RM3,499. Kapasiti storan daripada 64GB hingga 256GB.

Tempahan boleh dilakukan bermula 15 September namun Malaysia bukan antara negara terawal menerimanya.

Wednesday 20 September 2017

Terkini: Nokia 8 Masuk Malaysia


HMD Global, pemilik jenama telefon Nokia cuba menampilkan satu lagi model, Nokia 8 yang mempunyai keupayaan merakam video dan foto serentak menggunakan kamera depan belakang.
Ia menggunakan dwi kamera dan kamera depan beresolusi 13 megapiksel yang menghasilkan 'split-screen'.
Bersesuaian untuk rakaman secara langsung di Facebook, pengguna boleh mengaktifkan kamera depan belakang dengan lensa kamera jenis Zeiss.
Nokia 8 bersaiz 5.3 inci dengan resolusi 2K QuadHD dan skrin Corning Gorilla 5.
Ia akan didatangkan dengan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 835 octa core di samping RAM 4GB.
Selain storan 64GB, ia bakal menggunakan sistem operasi terbaru Google iaitu Android O dengan bateri berkapasiti 3090mAh.
Nokia 8 dijual pada harga RM2,299.