Ads

Friday 30 December 2016

Senarai 10 trend teknologi pada 2016


Kurang beberapa hari lagi 2016 meninggalkan kita. Bagi dunia teknologi, ia masih bergerak pantas dengan pelbagai pengumuman sepanjang tahun ini yang meninggalkan kesan secara langsung atau tidak langsung kepada diri masing-masing.
Ia menunjukkan betapa pentingnya teknologi dalam kehidupan seharian dan ia tidak akan berhenti pada tahun ini saja.
Jika pengguna berasakan pelbagai trend teknologi berlaku pada 2016, siap sedia untuk tahun depan yang lebih gempak dan komplikated pada peringkat permulaan, namun ia akan memudahkan kehidupan pada masa depan.
Senarai 10 trend teknologi pada 2016 ini termasuk:
1. Note 7
Semuanya berlaku selepas kira-kira tiga dozen telefon itu yang dikeluarkan selepas hanya tiga minggu, berhadapan isu bateri terbakar atau meletup.
Note 7 sepatutnya memberi persaingan kepada iPhone baru keluaran Apple namun kelebihan itu lupus dan ia membuka peluang kepada syarikat lain untuk memperkenalkan produk mereka terutama ‘flagship’.
Ia menjadi parah apabila kebanyakan syarikat penerbangan melarang penggunaan peranti terbabit dalam pesawat masing-masing sehinggakan harga saham Samsung Electronics Co jatuh ke paras terendah hampir empat tahun.
2. Pokemon Go
Selepas dilancarkan pada 6 Julai 2016, ia memperoleh 75 juta pindah turun dalam tempoh tiga minggu pertama selain hanya mengambil masa lima hari untuk menjadi permainan paling popular di Android.
Ia menjadi popular sehingga Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri membuat kenyataan tidak membenarkan bermain karakter Pokemon dan aplikasi permainan Pokemon Go atas faktor ‘maslahah’ dan kemudaratan.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan malah beberapa pemandu juga disaman kerana menggunakan telefon bermain Pokemon Go sambil memandu.
3. Silibus pengekodan buat pertama kali diumumkan
Silibus pengekodan dan sains komputer di sekolah mula diperkenalkan di sekolah secara rasmi tahun depan selepas kejayaan program perintisnya yang diterajui Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Kementerian Pendidikan sejak tahun lalu.
Inisiatif terbabit diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Datuk Yasmin Mahmood yang memaklumkan program pengekodan terbabit akan dilancarkan kepada murid tahun tiga ke atas sebagai satu daripada pelan pendidikan Malaysia jangka panjang.
Bajet 2017 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga memberi penekanan sama kepada hal berkenaan.
4. Internet untuk segalanya (IoT)
Dengan pertumbuhan peranti boleh pakai dan peranti
pintar lain, IoT dan peranti yang bersambung akan membentangkan cabaran baru untuk rangkaian mudah alih apabila kelajuan pemindahan data tidak akan menjadi satu-satunya kriteria.
Keupayaan prasarana komunikasi tanpa wayar untuk menyokong jumlah ini yang dijangka mencecah sehingga 50 bilion peranti menjelang 2020.
Lihat saja pada bandar pintar, sistem kejuruteraan sosial dan banyak lagi membabitkan penggunaan Internet serta gajet dalam kehidupan seharian.
5. Kenderaan tanpa pemandu
Tesla Motors memperkenalkan model Tesla S menyertai Google dan pesaingnya dalam industri pembuat kereta lumba untuk melancarkan kereta pandu sendiri ke pasaran.
Kereta tanpa pemandu yang akan dikeluarkan syarikat berpangkalan di California itu membolehkan pemandu menyerahkan 90 peratus daripada kawalan kereta kepada sistem komputer kenderaan.
6. Facebook dan VR
Pengasas Facebook dan Ketua Eksekutif Mark Zuckerberg membuat penampilan khas ketika Persidangan Mudah Alih Sedunia (MWC) 2016 yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol untuk mengumumkan kerjasama dengan Samsung mempromosikan penggunaan VR dalam laman sosialnya.
Permulaannya, kini anda boleh melihat sokongan video dalam bentuk 360 darjah dan sudah pasti ciri terbabit menjadi trend pada tahun depan.
7. Dron
Sudah pasti, ia antara Karma vs Mavic Pro. Mavic Pro dilancarkan di Amerika Syarikat dengan berat hanya 743 gram iaitu 83 peratus lebih kecil berbanding model Phantom 4 sebelum ini.
Dron ini mampu beroperasi sehingga 27 minit dan mencapai kelajuan 64 kilometer sejam dengan beberapa sensor baru juga dimuatkan.
GoPro memperkenalkan dron pertama dengan Karma memiliki rekaan yang kompak.
Beg khas yang hadir bersama dron ini seakan-akan beg sekolah biasa yang berisi span penyerap hentakan.
8. Instagram Stories
Popular digunakan bagi Snapchat, Instagram juga memperkenalkan fungsi terbaharu dalam aplikasinya yang dipanggil Instagram Stories.
Fungsi baru di IG ini kerana bukan saja boleh memuat naik gambar, tetapi juga video yang boleh disunting dan diletakkan kesan khas.
Apabila sudah ambil gambar atau video, anda boleh buat kesan khas seperti contengan di atas gambar atau video serta menambah perkataan di atasnya dan ia akan hilang dalam masa 24 jam.
9. Kandungan 360
Selepas produk Ricoh menjadi popular, Samsung membawa masuk kamera Gear 360 yang memungkinkan rakaman imej pada 360 darjah dengan dua lensa jenis ‘fisheye’ di depan dan belakang yang kedua-duanya beresolusi sehingga 30 megapiksel.
Ia dipasangkan dengan aplikasi khas yang memproses imej dan boleh dipindah turun ke YouTube, Facebook atau Google Street View.
Sudah pasti, ia memperluaskan aktiviti pengguna dengan kandungan lebih mewah dan memperlihatkan banyak kreativiti di kalangan mereka.
10. Uber dan Grab
Perbalahan antara pemandu teksi dan aplikasi perkongsian kenderaan, Uber dan Grab masih berlaku tetapi ia antara ciri yang merubah cara pengguna bergerak di bandar serta mengelak kesesakan lalu lintas.
Pada masa sama, ia menjadi sistem pengangkutan baru dan turut memberi peluang kepada orang ramai untuk menambah sumber pendapatan.

Wednesday 28 December 2016

5 aplikasi menarik sepanjang 2016


Tahun ini menyaksikan pelbagai perubahan dan kemajuan daripada aspek teknologi termasuk kemunculan ribuan aplikasi baru dengan fungsi berbeza.
Mengakhiri 2016,infolagi4u bakal merangkumkan antara lima aplikasi terbaik 2016 yang mendapat ‘rating’ dan komen terbaik daripada penggunanya.
1. PhotoScan
Kebanjiran laman sosial media seperti Instagram membuatkan ramai anak muda ‘gila’ bergambar sebelum memuat naik foto untuk berkongsi dengan rakan. Untuk mencantikkan foto, ada segelintir daripada mereka menggunakan aplikasi penyuntingan foto dan antara yang menjadi trending adalah PhotoScan.
PhotoScan membenarkan anda membuat penyuntingan agar foto kelihatan lebih realistik selain membenarkan pengguna menyimpan gambar di Google Photos.
2. Quik
Selain penyuntingan gambar, penyuntingan video juga kian menjadi kegemaran remaja sekarang. Quik aplikasi penyuntingan video yang membolehlan pengguna melakukan penyuntingan secara percuma mengikut cara dan gaya diinginkan.
Menyediakan format HD penuh pada pilihan antara 720p dan 1080p, ia turut memudahkan pengguna untuk berkongsi video secara terus ke Instagram, WhatsApp, Facebook dan banyak lagi termasuk teks dan e-mel.
3. Shyp
Memperoleh markah lima bintang, Shyp adalah aplikasi sempurna untuk pengguna yang mencari kenderaan untuk disewa seperti van, lori atau motosikal bagi menguruskan perkhidmatan kurier di bandar utama seluruh dunia.
Dengan tiga langkah mudah, pengguna boleh menghantar barangan dari satu tempat ke satu lokasi lain pada harga berpatutan.
4. Google Trips
Kebiasaannya, percutian akan dirancang beberapa bulan lebih awal supaya tidak timbul masalah ketika hendak bercuti. Bagaimanapun, ada di antara kita yang lebih gemar membuat persediaan saat akhir dan ada yang menerima tugasan untuk ke luar negara antara satu atau dua hari sebelum bertolak.
Untuk memudahkan perjalanan anda, Google Trips bersedia menawarkan khidmat apabila ia berfungsi menawarkan pencarian hotel, kereta sewa, penerbangan dan tempahan restoran untuk memudahkan urusan percutian anda.
Bahkan, ia membantu anda bagi termasuk mendapatkan rancangan harian, mencadangkan aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan berhampiran, cadangan berkaitan makanan dan minuman.
5. Asana
Dalam melaksanakan pekerjaan harian, Asana platform terbaik untuk membantu menguruskan tugasan kumpulan. Merangkumi pelbagai tugasan dan projek untuk perbualan serta pemberitahuan, Asana akan membantu pasukan anda melaksanakan pekerjaan dari awal hingga akhir.
Disyor untuk digunakan bersama G Suite, aplikasi membantu memantapkan tugasan harian ini percuma untuk pengguna iOS, Android dan web.

Wow... Lenovo agresif sebelum hujung tahun


Lenovo semakin galak memperkenalkan barisan peranti pintarnya apabila menampilkan model baru iaitu A6600 Plus yang didatangkan bersama sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dengan ‘bloatware’ minimum yang akan memberikan pengguna lebih ruang penyimpanan dan kelajuan.
Menjalankan pemprosesan 64-bit MediaTek MT6735p quad-core 1.0 GHz dengan 2GB RAM, ia berupaya menyampaikan prestasi luar biasa dengan pengalaman tidak terjangkau.
Skrin HD 5 inci telefon pintar ini menawarkan pengalaman pengguna yang hebat dengan nisbah kontras 800: 1 untuk memastikan paparan telefon menyampaikan spektrum warna pada tahap maksimum.
8MP kamera auto fokus belakang dengan flash pula membolehkan anda merakam gambar luar biasa dengan ciri-ciri seperti pengesanan muka automatik dan pengesanan pemandangan automatik.
Telefon ini dilengkapi kapasiti storan dalaman sebanyak 16GB bagi membantu pengguna mengekalkan akses mudah ke fail muzik, filem dan permainan. A6600 Plus dikuasakan oleh bateri 2,300 mAh.
Hasil gambar, video menakjubkan
Dengan kamera utama 16MP PDAF yang dipertingkatkan bersama Suhu Warna Berkolerasi (CCT) dinamik dan dwi LED flash yang secara automatik boleh menyesuaikan dengan warna kulit untuk kelihatan lebih semula jadi, Lenovo K6 Note menjanjikan hasil gambar dan video yang menakjubkan, di samping kamera depannya 8MP.
Hadir dengan pemprosesan Octa-core 1.4 GHz Cortex-A53 dan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow, peranti ini tampil dengan 4GB RAM serta 32GB storan dalaman bagi memberikan anda lebih memori untuk menikmati pengalaman.
Melihat segalanya pada paparan skrin HD penuh 5.5 inci, peranti ini membenarkan anda untuk meningkatkan kelantangan bunyi sehingga tahap maksimum kerana ia hadir dengan teknologi audio Dolby-Atmos.
Malah, dengan bateri 4,000mAh, anda juga boleh memberikan sepenuh tumpuan kepada hiburan kegemaran dan keselamatan dokumen dalam peranti pula dijamin selamat dengan sistem pengimbas cap jari.
Nikmati muzik, filem sehingga 2 hari
Jangka hayat bateri sentiasa menjadi keutamaan pengguna telefon pintar. Itulah alasan mengapa Lenovo K6 Power hadir dengan dengan bateri 4,000 mAh, untuk memberi anda kelebihan menikmati muzik dan filem pilihan pada pembesar suara Dolby Atmos tanpa bimbang sehingga dua hari.
Bernilai hanya RM799, anda boleh memilih untuk memiliki K6 Power dengan 2GB RAM dan storan 16GB atau RAM 3GB bersama 32GB storan dalaman.
Lebih kecil dan ringan berbanding K6 Note, peranti ini datang dengan skrin lima inci pada paparan IPS LCD dengan resolusi skrin hingga 1080 x 1920.
INFO
A6600 PLUS
• Harga: RM479
• Pemprosesan: 64-bit MediaTek MT6735p quad-core 1.0 GHz
• OS: Android 6.0 Marshmallow
• RAM: 2GB
• Storan: 16GB
• Skrin: 5” HD
• Paparan: IPS 170 darjah
• Resolusi: 1280 x 720
• Kamera: 8 MP auto fokus, 2 MP fokus tetap (depan)
• Kad sim: Dwi kad sim
• Berat: 142 g
• Bateri: 2,300 mAh
• Warna: Hitam, putih dan kelabu
K6 NOTE
• Harga: RM999
• Pemprosesan: Octa-core 1.4 GHz Cortex-A53
• OS: Android 6.0 Marshmallow
• RAM: 4GB
• Storan: 32GB
• Skrin: 5.5”
• Paparan: IPS LCD
• Resolusi: 1080 x 1920
• Kamera: 16 MP auto fokus, 8 MP (depan)
• Berat: 169 g
• Bateri: 4,000 mAh
K6 POWER
• Harga: RM799
• Pemprosesan: Octa-core 1.4 GHz Cortex-A53
• OS: Android 6.0 Marshmallow
• RAM: 2GB/ 3GB
• Storan: 16 GB/ 32GB
• Skrin: 5”
• Paparan: IPS LCD
• Resolusi: 1080 x 1920
• Kamera: 13 MP, 8 MP (depan)
• Berat: 145 g
• Bateri: 4,000 mAh

Tuesday 27 December 2016

Istimewa...Gajet pilihan sepanjang tahun


Sepanjang 2016, ratusan gajet memasuki pasaran negara ini.
infolagi4u senaraikan 14 gajet pilihan kami dengan ada antaranya berjaya direbiu dan memperoleh hasil yang mengagumkan.
Microsoft Surface Pro 4
Surface Pro 4 menggambarkan segala-galanya yang elok mengenai Microsoft apabila mempunyai ciri baik termasuk reka bentuk, kombinasi pemprosesan dan perisian pantas serta mesra pengguna selain mudah dibawa ke mana saja.
Secara tidak langsung, peranti ini bersesuaian untuk individu bekerja dengan sejumlah spesifikasi yang berat, namun masih boleh memuatkan laptop atau tablet ini dalam beg tanpa membebankan diri.
ASUS ZenPower Pro
ASUS ZenPower Pro mempunyai rekaan yang ringkas dan minimalis namun saiznya berukuran seakan-akan kad ATM anda memang mudah dibawa ke mana saja.
Ia membawa kapasiti sehingga 10500mAh sekali gus paling tinggi jumlahnya berbanding model lain pada saiz hampir sama selain mempunyai dua slot port USB dengan lampu LED pada permukaan sama sebagai indikator.
Samsung Galaxy S7 edge
Pengenalan Samsung Galaxy S7 edge sudah pasti memberi kepuasan kepada pengguna apatah lagi dengan versi kedua lengkung kiri dan kanan yang penuh memberi nafas baru kepada banyak ciri boleh masuk.
Namun uniknya, ia mempunyai imej kualiti tinggi, tidak kira siang atau malam malah lokasi bersama kemampuan kamera pula lebih baik apabila apertur seluas f1.7 memasukkan lebih banyak cahaya untuk merakam lebih jelas dalam situasi yang gelap.
Marshall Major II
Fon kepala Marshall model Major sememangnya peranti dipasang di telinga yang selesa, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
Model Major II juga tidak terkecuali, berbanding Major I sebelum ini, model kedua mempamerkan peningkatan baik dengan reka bentuk sempurna serta klasik di samping bunyi menjadikan nilai pada harga RM599 memang berbaloi dan lebih murah berbanding jenama yang ‘overrated’.
DJI Osmo
Percubaan pertama DJI memperkenalkan ‘gimbal’ sebaris dengan kamera aksi lain ternyata membuahkan hasil melalui Osmo.
Osmo mempunyai empat komponen, gimbal Zenmuse X3 3-axis dengan kamera, pemegang ergonomic dengan butang kawalan, bateri 10.8Wh dan pemuat telefon pintar jadi berat keseluruhan tanpa telefon hanya 538 gram.
Acer Predator 15
Sebelum kedatangan versi 17, Acer Predator 15 yang memanglah ‘awesome’. Meskipun saiznya besar, ia lebih nipis dan ringan berbanding model sebelum ini serta rekaan modennya nampak cantik.
Predator 15 penuh dengan ciri tradisional masih mempunyai ruang cakera keras dan RAM yang banyak. Ditambah pula pemprosesan Intel Skylake baru digabungkan dengan grafik NVIDIA mengagumkan manakala sistem penyejukan pula lebih kemas menjadikan peranti ini beroperasi lancar meskipun tempoh permainan lama.
Fitbit Blaze
Fitbit Blaze, sebuah jam pintar daripada syarikat yang dipercayai memasarkan peranti kecergasan dan Blaze adalah percubaan menawarkan segmen jam pintar kepada pengguna.
Blaze kelihatan lebih kepada jam pintar berbanding peranti pengesan kecergasan yang biasa dihasilkan Fitbit mempunyai tali 1.2 inci dengan skrin 240 x 180 piksel dan jamnya boleh ditanggalkan daripada tali bersama rekaan kerangka logam sertabertekstur getah.
ASUS Zenfone 3
Apa yang bagusnya mengenai telefon baru ASUS ZenFone 3 ini terletak pada rekaan premium dan bahan buatannya memang ‘superb’ tapi harganya tidak mahal seperti produk flagship lain.
Telefon pintar pada harga RM1,699 yang patut diberi tumpuan kerana prestasinya agak laju daripada mengubah satu aplikasi ke aplikasi lain atau memainkan video dan bersosial pada satu-satu masa.
Sharp Z2
Apabila memperoleh peluang memegang Sharp Aquos Z2, ia tidak mengecewakan apabila SoC jenis MediaTek Helio X20 deca core memberi kuasa mudah alih optimum yang padan dengan RAM 4GB ditawarkan.
Helio X20 mampu mengoperasikan dua core dalam CPU Cortex-A72 2.3GHz dengan baik, sekali gus menghasilkan prestasi tinggi selain ditambah core lagi untuk Cortex-A53 2.0GHz dan 1.4GHz benar-benar menambah keupayaan telefon anda.
Logitech K380 Bluetooth Multi Device
Logitech K380 Bluetooth Multi Device menjadi papan kekunci tanpa wayar yang boleh disambungkan ke pelbagai peranti yang menyokong standard penyambungan Bluetooth 3.0. Ia juga menyokong penggunaan peranti di atas berbilang platform merangkumi Windows, Mac, Chrome OS, Android dan iOS.
Kita tahu pengguna tegar teks di atas peranti telefon bimbit mahupun tablet mudah meng­gunakan kekunci maya di atas skrin peka sentuhan, tapi ia tidak mudah dilakukan dengan cepat dan terlalu banyak ralat atau salah ejaan.
Samsung Gear S3
Samsung melancarkan jam pintar Gear S3 dengan dua versi, Frontier dan Classic yang mengekalkan bezel boleh putar untuk kawalan menu jam.
Skrinnya dilengkapi paparan 1.3 inci Super AMOLED dan dilindungi kaca Corning Gorilla Glass SR+ yang direka khas untuk peranti boleh pakai lebih tahan lasak dan tahan calar.
Huawei P9
Huawei P9 hadir dengan rekaan yang mengekalkan elemen keluarga peranti Huawei lain dan memberi tiga fokus auto hibrid kamera yang mampu merakam gambar lebih cepat dan tidak kabur mengejutkan pengguna dengan kerjasama Leica.
Penggunaan dwikamera pada bahagian belakangnya membuatkan Huawei P9 dapat menawarkan kualiti rakaman gambar yang cantik melalui kamera telefon pintar pada pelbagai keadaan cahaya dan resolusi terbaik.
Xiaomi Mi Mix
Xiaomi Mi Mix menjadi phablet dengan faktor ‘wow’ apabila sekali pandang memang tidak akan kelihatan dinding telefon kerana ia seolah-olah paparan imej terapung menyerlahkan imej cantik pada skrin.
Mana tidaknya, telefon ini datang dengan nisbah paparan sehingga 91.3 peratus yang menonjolkan tahap inovasi dalam aspek skrin depan tanpa bezel.
Huawei Mate 9
Mate 9 mempunyai keupayaan kekal beroperasi laju walaupun selepas 18 bulan menggunakannya. Bateri mampu bertahan selama 1.7 hari untuk penggunaan aktif dan ia bo digunakan sehari hanya selepas mengecasnya selam 30 minit.
Berbanding mode P9, dwikamera generasi kedua Leica membolehkan resolusi sehingga 12 megapiksel untuk RGB manakala fungsi monokro pula, 20 megapiksel.

Gionee M2017 with 5.7 inch QHD Dual Edged Display and 7,000mAh Battery Launched



G
ionee M2017 has now been officially announced in China. It looks exactly same as the smartphone that got leaked via renders a few months back. The highlight of the Gionee M2017 is the humongous 7,000mAh battery on the inside, which apparently is achieved by a combination of two 3,500mAh batteries.
Externally, the Gionee M2017 succeeds to stand out from the crowd thanks to its metal unibody construction and dual edged display. Furthermore, the back of the smartphone is clad in a premium leather finish. Apart from that, the Gionee M2017 misses out on the headphone jack, thereby falling in line with the current trend of the smartphone industry. Up front, the latest smartphone from Gionee’s battery centric ‘M’ series sports a 5.7-inch dual edged Quad HD AMOLED display. Incidentally, this display comes with a markedly harder Sapphire Glass for protection instead of the standard Gorilla Glass. Gionee claims that they have made use of a low power consumption display which when paired with the smartphone’s 7,000mAH battery delivers up to 25 hours of continuous video playback.
Gionee M2017
Under the hood, the Gionee M2017 packs a Qualcomm Snapdragon 653 octa-core processor with Adreno 510 GPU. This is mated with 6GB RAM and a 128GB or 256GB of internal storage. Besides, there’s no room for memory expansion due to the lack of MicroSD card slot. Now coming to the optics department, the Gionee M2017 features a dual rear camera setup. This is made out of a combination of 12MP and 13MP camera sensors and LED flash. It’s worth mentioning that this rear camera of the smartphone offers 2X optical zoom. To complement the rear shooter, there’s an 8MP front-facing selfie snapper located on the front of the smartphone.
As for security, the Gionee M2017 features a fingerprint sensor that’s embedded in the home button located to the front of the smartphone. This is flanked by two touch sensitive capacitive buttons. The battery inside the Gionee M2017 comes with support for Qualcomm Quick Charge 3.0. Connectivity wise the leather clad smartphone comes with a USB Type-C port and features support for 4G LTE, WiFi, Bluetooth 4.0, GPS and USB OTG.
The Gionee M2017 comes in Gold and Black colors and is now available for pre-orders in China. The smartphones come with a hefty price tag, though. The cheapest of the trio is obviously the 128GB storage variant. It is priced at 6,999 (Rs 68,240/$1007 approx.) The exclusive Italian custom alligator leather back version is however priced even higher at 1,699 (Rs 1,65,740/$2446 approx.) This special edition device is apparently the 256GB storage variant of the smartphone.

Gionee M2017 Specifications

Gionee M2017
  • 5.7-inch Dual Edged Quad HD (2560 x 1440p) AMOLED panel with Curved Sapphire Glass
  • Qualcomm Snapdragon 653 octa-core processor (Quad 1.95GHz Cortex A72 + Quad 1.44GHz Cortex A53) with Adreno 510 GPU
  • 6GB RAM
  • 128GB/256GB Internal Storage
  • 12MP + 13MP Dual Rear Facing Camera with 2X Optical Zoom and LED Flash
  • 8MP Front Facing Camera
  • Fingerprint Sensor
  • 7,000mAH Battery (3,500 x 2) with Qualcomm Quick Charge 3.0
  • WiFi 802.11 b/g/n/ac, Bluetooth 4.0, A-GPS, USB Type C, USB OTG
  • Dual SIM with 4G LTE
  • Android Marshmallow 6.0 with Amigo OS 3.5
  • Colors: Gold and Black

Vivo V5 Untuk 'hantu' selfie


Anda ‘hantu’ selfie? Mungkin kemunculan peranti pintar Vivo V5 dengan kamera depan 20MP membuatkan anda tidak sabar untuk memilikinya.
Dengan pengenalannya di pasaran Malaysia sejak penghujung November lalu, peranti Vivo ini dilihat bakal menjadi pesaing terdekat untuk Oppo F1s, yang turut menampilkan ciri sama iaitu Perfect Selfie.
Bahkan, bagi menyemarakkan lagi pengenalan V5, Peranti yang mendapat jolokan Perfect Selfie ini turut menampilkan penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza sebagai duta produk.
Direka khusus untuk penggemar selfie, kamera depannya juga dilengkapi dengan ciri ‘Moonlight Glow’ untuk mempertingkatkan kualiti rakaman gambar dalam suasana cahaya rendah.
Bersama sensor Sony IMX376 dan lensa 5P, V5 mengetengahkan apertur f/2.0 serta didatangkan dengan aplikasi Face Beauty 6.0 bagi menjadikan kulit lebih licin selain menjadikan pengguna kelihatan lebih menawan.
Kebiasaannya, kamera belakang mempunyai saiz MP yang lebih besar. Bagaimanapun, perkara sebaliknya diciptakan untuk V5 membuatkannya mampu mempamerkan hasil akhir kamera depan yang memukau pengguna.
Manakala untuk kamera belakang, model terbaru Vivo ini hadir bersama sensor 13MP dengan auto fokus pengesanan fasa (PDAF).
Di sebalik reka bentuk rangka badannya yang diperbuat daripada besi, V5 menjalankan sistem operasi Android 6.0.1 Marshmallow dan setiap operasinya dikuasakan oleh pemprosesan Octa-core dan set cip MediaTek MT6750.
Menyentuh berkaitan spesifikasi lain, peranti ini menampilkan RAM 4GB dan storan dalaman 32GB serta boleh memuatkan kad microSD sehingga 128GB untuk sokongan tambahan.
Walaupun mempunyai skrin besar berukuran 5.5 inci, tetapi telefon ini dengan skrin HD ini hanya memiliki resolusi 1280◊720 sahaja.
Selain kamera yang hebat, V5 turut memfokuskan kepada sistem audio di mana ia menampilkan cip audio Hi-Fi AK4376 untuk kualiti bunyi yang menakjubkan.
Justeru, peranti ini mampu mengeluarkan audio yang memukau pendengaran pengguna dan anda pastinya ‘syok’ sekiranya mendengarkan alunan muzik menggunakan pembesar suara telefon ini.
Untuk aspek keselamatan pula, telefon dengan bateri berkapasiti 3,000 mAh ini dilengkapi dengan sistem pengimbas cap jari yang pantas, membolehkan penggunanya ‘unlock’ peranti dalam masa kurang dua saat.
Jadi apa tunggu lagi. Bagi penggemar selfie, anda diberi pilihan untuk mendapatkan V5 dalam dua warna berbeza iaitu emas dan merah jambu pada harga RM1,229.
info
VIVO V5
• Pengeluar: Vivo Malaysia
• Ciri: Telefon selfie
• Pro: Kamera depan 20MP
• Kontra: Ketebalan peranti
• Laman web: http://www.vivo.my/v/

Friday 16 December 2016

Tablet nipis, ringan dari Lenovo


Selepas memperkenalkan ThinkPad P40 Yoga, Lenovo sekali lagi tampil dengan varian terbaru tabletnya dengan teknologi lebih maju.
Dengan rekaannya yang nipis dan ringan, Lenovo Yoga Book hadir dengan dua varian berbeza iaitu Yoga Book untuk Android yang dikuasakan oleh pemprosesan IntelÆ AtomT x5-Z8550 dan Yoga Book untuk Windows yang diperkasakan oleh Windows 10 Home atau Windows 10 Pro seiring menjalankan sistem operasi Android 6.0.1 Marshmallow.
Menariknya, tablet ini mempunyai papan kekunci Halo yang bertindak sebagai skrin kedua. Ia juga boleh menjadi papan kekunci digital atau papan lakaran untuk membolehkan dan memudahkan pengguna membuat sebarang lakaran.
Bagi tujuan lakaran, Lenovo turut menampilkan bersama pen stylus dwiguna yang boleh digunakan secara digital selain dijadikan sebagai pen biasa untuk menulis.
Malah, untuk memberikan keselesaan kepada penggunanya, Yoga Book boleh dipusingkan sehingga 360 darjah dan siri Yoga ini mempunyai putaran skrin yang tahan lasak.
Dengan saiz skrin 10.1 inci dan paparan penuh HD beresolusi 1920 x 1200, Yoga Book datang dengan 4GB RAM dan boleh memuatkan fail, dokumen serta aplikasi sehingga 64GB. Bagi sokongan tambahan, anda boleh menggunakan kad microSD sehingga 128GB.
Untuk aspek kamera pula, Lenovo mencipta Yoga Book dengan kamera belakang 8MP bersama auto fokus serta kamera depan 2MP dengan fokus tetap.
SPESIFIKASI:
Yoga Book untuk Android
Harga: RM2,599
Pemprosesan: IntelÆ AtomT x5-Z8550 (2M Cache, Quad-Core, Up to 2.4 GHz)
OS: AndroidT 6.0.1 Marshmallow
Skrin: 10.1”
Paparan: FHD IPS (1920 x 1200)
RAM: 4GM
Storan: 64GB (sokongan kad microSD sehingga 128GB)
Kamera: 8MP, 2MP (depan)
Dimensi: 256.6 x 9.6 x 170.8 mm
Berat: 690g
Bateri: 8,500 mAh
Warna: Emas & kelabu
Yoga Book untuk Windows
Harga: RM2,599
Pemprosesan: IntelÆ AtomT x5-Z8550 (2M Cache, Quad-Core, Up to 2.4 GHz)
OS: Windows 10 Home atau Windows 10 Pro
Skrin: 10.1”
Paparan: FHD IPS (1920 x 1200)
RAM: 4GB
Storan: 64GB (sokongan kad microSD sehingga 128GB)
Kamera: 8MP, 2MP (depan)
Dimensi: 256.6 x 9.6 x 170.8 mm
Berat: 690g
Bateri: 8,500 mAh
Warna: Hitam

Thursday 15 December 2016

Tiga varian dari Phab 2


Menampilkan model baru bagi siri peranti pintar Phab, kini Lenovo tampil dengan barisan baru telefon pintar, Phab 2, yang hadir dengan tiga varian berbeza termasuk Phab 2 Pro dan Phab 2 Plus dengan ciri dan spesifikasi berlainan.
Untuk Phab 2, ia didatangkan dengan pemprosesan MediaTek (MTK 8735) quad-core dan sistem operasi Android 6.0, Marshmallow.
Bersaiz 6.4 inci dan paparan HD penuh beresolusi 1280 x 720, model ini dicipta dengan teknologi Dolby Atmos.
Dengan kehadiran teknologi Dolby, tiga unit mikrofon yang terbina di dalam berupaya merakam bunyi video mengasyikkan.
Malah, generasi terbaru peranti Phab adalah telefon pintar yang pertama di dunia dengan sistem DolbyAudioT Capture 5.1 yang membolehkan anda merakam audio menakjubkan dengan kualiti 360 darjah kualiti.
Anda boleh merakam video dan juga gambar menggunakan kamera belakang 13MP dengan ciri fokus pantas PDAF selain sudut lebar 85 darjah untuk kamera depan 5MP.
Menjalankan 2GB RAM dan storan 32GB disokong kad microSD sehingga 128GB, Phab 2 mampu bertahan lama bersama bateri 4,050 mAh.
SPESIFIKASI:
Phab 2
Harga: RM899
Pemprosesan: MediaTek (MTK 8735) quad-core
OS: Android 6.0, Marshmallow
Skrin: 6.4”
Paparan: Paparan luas HD IPS (1280 x 720)
RAM: 3GB
Storan: 32GB (sokongan kad microSD sehingga 128GB)
Kamera: 13MP, 5MP (depan)
Berat: 225g
Kad sim: Dwi sim
Bateri: 4,050 mAh
Warna: Emas & kelabu

Phab 2 Pro Dilengkapi aplikasi Tango


Walaupun mempunyai saiz yang sama, tetapi Phab 2 Pro hadir dengan produk lebih berat.
Peranti model ini direka khusus dengan permainan AR untuk memberikan pengalaman bermain permainan yang menakjubkan kepada penggunanya.
Phab 2 Pro hadir dengan pemprosesan QualcommÆ SnapdragonT 652 dan menjalankan sistem operasi Android 6.0, Marshmallow pada paparan QHD beresolusi 2560 x 1440.
Dengan RAM 4GB dan storan 64GB bersama sokongan kad microSD sehingga 128GB, Phab 2 Pro dicipta dengan aplikasi Tango untuk membolehkan pelanggan melihat bagaimana versi realiti kediaman mereka dalam peranti.
Ciri ini membolehkan anda untuk melihat dan membayangkan versi ruang kediaman baru sebelum pengguna membuat pembelian barangan rumah dengan ukuran lebih tepat.
Bateri 4,050 mAh mampu bertahan lama dan mengambil masa yang singkat untuk proses mengecas dengan ciri pengecasan pantas.
SPESIFIKASI:
Phab 2 Pro
Harga: RM1,899
Pemprosesan: QualcommÆ SnapdragonT 652 untuk Tango
OS: Android 6.0, Marshmallow
Skrin: 6.4”
Paparan: QHD (2560 x 1440)
RAM: 4GB
Storan: 64GB (sokongan kad microSD sehingga 128GB)
Kamera: 16MP, fokus pantas RGB + 8MP, f2.2, fokus tetap (depan)
Berat: 259g
Kad sim: Dwi sim
Bateri: 4,050 mAh
Warna: Emas & kelabu

Sangat Sesuai dibawa ke mana saja




Menyemarakkan lagi industri kamera, Canon tampil menambah barisan baru EOS M dengan model terbarunya, Canon EOS M5.
Hadir dengan reka bentuk DSLR, varian terbaru ‘mirrorless’ ini tampil dengan saiz kompak dan sesuai dibawa ke mana-mana saja terutamanya melancong.
Selain pemprosesan imej DIGIC 7, EOS M5 mempunyai kamera 24.2MP APS-C dengan sensor CMOS yang membantu mengurangkan ‘noise’ ketika merakam gambar pada kelajuan ISO yang tinggi. Ini memastikan setiap imej kekal terang dan jelas.
Model premium ini turut didatangkan bersama lensa kit EF-M iaitu EF-M 15-45mm dan EF-M18-150mm f/3.5-6.3 yang mampu meluaskan spektrum pengimejan.
EOS M5 juga mempunyai mod rakaman filem yang telah dipertingkatkan. Dengan menggabungkan lensa IS bersama sokongan penstabilan digital dalam kamera, anda boleh merekod video dengan kualiti terbaik walaupun sambil bergerak.
Dalam memudahkan tugasan pengguna untuk memindahkan gambar, Canon menampilkan ciri WiFi dan NFC yang membenarkan anda membuat pemindahan gambar menerusi aplikasinya selain fungsi Bluetooth.
SPESIFIKASI:
Canon EOS M5
Harga: Bermula RM2,069 hingga RM6,399
Kamera: 24.2MP
Sensor imej: APS-C CMOS
Pemprosesan imej: DIGIC 7
Kelajuan maksimum ISO standard: ISO 25,600
Video: 60 fps HD penuh
EVF: Kira-kira 2.36 juta titik
Sambungan: Wifi, NFC, Bluetooth
Berat: 427g